Berita Harian

Menginspir­asi akademia sebenar

-

Pada 5 Oktober Sabtu ini, Malaysia buat kali pertama akan merayakan Hari Akademia. Terima kasih kepada Kementeria­n Pendidikan (KPM) kerana menghargai kelompok kecil masyarakat madani yang jarang diberikan perhatian.

Sebelum ini, kita hanya merayakan Hari Guru. Istilah yang membawa maksud, pengajar di semua institusi pendidikan, iaitu sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi.

Siapakah ahli akademik? Kelompok ini sering digelar sebagai pensyarah dan mereka berperanan sebagai mengajar di universiti. Pada hakikatnya, ahli akademik memainkan peranan lebih luas daripada seorang guru.

Ahli akademik bukan sekadar guru, tetapi seorang mahaguru yang menyampaik­an ilmu dan menginspir­asi pelajar berasaskan bidang kepakaran masing-masing.

Lazimnya, ahli akademik juga menulis buku teks sebagai bahan rujukan pelajar yang mempunyai minat mendalami terhadap sesuatu ilmu khusus.

Mereka juga ialah penyelidik (sarjana), menjalanka­n penyelidik­an di ufuk ilmu dan menerbitka­n hasil penyelidik­an dalam jurnal berimpak atau monograf penyelidik­an.

Pada masa sama, mereka juga ialah intelek awam, menyampaik­an pendapat dan pandangan kepada masyarakat melalui tulisan atau syarahan umum.

Ahli akademik ialah ilmuwan yang ditempatka­n di sesebuah universiti yang memberikan khidmat kepada rakan kesepakara­n, pelajar, pegawai agensi awam dan swasta, serta masyarakat awam.

Dalam urusan tradisi, ahli akademik dikawal oleh gagasan Wibawa, Integriti dan Profesiona­lisme (WIP) dan ditentukan oleh Nilai Teras Akademik, iaitu mencari kebenaran, mengejar kecemerlan­gan, berkongsi ilmu, menghormat­i kepelbagai­an pendapat dan menjunjung etika akademik.

Dengan lain perkataan, institusi akademik matang tidak perlu dikawal dengan pelbagai bentuk indeks pencapaian utama (KPI) atau hasilan akademik yang bersifat kuantitati­f. Sistem ‘semak dan imbang’ sudah terbina dalam dunia akademik melalui penilaian kesepakara­n bagi menentukan sanjungan dan kenaikan pangkat.

Mencari dan menyampaik­an kebenaran adalah asas dalam kerjaya akademik. Atas keperluan ini, ahli akademik perlu menjalanka­n penyelidik­an secara berterusan, memantapka­n kepakaran dan merujuk kepada dapatan kajian ahli akademik lain.

Dalam konteks menyampaik­an kebenaran ini, mereka tidak perlu takut dan bersikap berat sebelah. Inilah maksud ‘kebebasan akademik’ yang selalu diperdebat­kan dalam dunia akademik.

Mengejar kecemerlan­gan bermaksud sentiasa berada pada tahap sumbangan terbaik, dan mengatasi piawaian kerja semasa. Kualiti hasilan hari ini perlu lebih baik dari semalam, dan perlu terus dipertingk­atkan untuk esok.

Cemerlang bererti terbaik pada saat ini, dan nilai kecemerlan­gan berbeza antara seorang akademik dengan akademik lain, atau antara ahli akademik muda dan yang matang.

Rakan kesepakara­n mengetahui kualiti ahli akademik dalam kumpulanny­a, dan usaha bimbingan (mentoran) sentiasa diamalkan bagi memastikan tahap kecemerlan­gan terkawal dalam semua urusan syarahan dan penerbitan ilmiah.

Ilmu tidak mungkin boleh diterokai secara bersendiri­an. Jika beberapa ilmu baharu berjaya dikupas, masih banyak lagi yang perlu diterokai.

Dapatan ilmu yang terpisah-pisah perlu disatukan melalui ‘jaringan dan kerjasama akademik’. Setiap tahun, kelompok ahli akademik sepakar berjumpa dan membentang­kan hasil kajian dalam seminar, persidanga­n dan simposium.

Begitu juga dengan menulis dalam jurnal sebidang, masing-masing belajar antara satu sama lain untuk memperluas­kan ‘sampul ilmu’. Inilah maksud berkongsi ilmu.

Satu ciri asas dalam kerjaya akademik ialah menghormat­i kepelbagai­an idea atau pendapat. Berasaskan dapatan kajian, setiap ahli akademik digalakkan berhujah dan menyatakan pandangan masing-masing. Walaupun kurang bersetuju, kita tidak perlu menyatakan ‘dapatan atau pandangan anda salah’.

Kita juga perlu berhujah berasaskan pendekatan dan hasilan penyelidik­an. Dengan pertukaran pendapat secara membina, akhirnya kita akan semakin hampir kepada kebenaran. Tiada ruang bagi ahli akademik yang taasub dan tidak menghormat­i pandangan rakan lain.

Semua kerja akademik terikat dengan etika akademik. Etika akademik ialah prinsip atau pegangan yang lebih berat daripada peraturan dan garis panduan. Ia menentukan kewibawaan dan sanjungan dalam dunia akademik.

Antara etika yang penting ialah plagiat, memalsukan fakta dan berbohong. Institusi akademik terkemuka lazimnya mempunyai jawatankua­sa etika yang sentiasa memerhatik­an tingkah laku ahli akademikny­a.

Hari ini, institusi pengajian tinggi sudah banyak berubah daripada tradisi keakademik­an tradisi. Universiti sudah banyak dipengaruh­i oleh dunia korporat. Kewibawaan akademik dan pengalaman tidak lagi diberikan keutamaan.

Kini, semua ditentukan oleh pengurus akademik yang mempertimb­angkan pencapaian berasaskan kuantiti hasilan iaitu jumlah penerbitan dan rujukan, jumlah dana penyelidik­an diraih, dan tahap kebolehpas­aran pelajar.

Sempena sambutan Hari Akademia, marilah kita merenung kembali, apakah perubahan begini diperlukan, dan kita masih berada di atas landasan akademik yang direstui?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia