Berita Harian

Daim ketuai rundingan dapatkan balik

Bekas Pengerusi CEP calon terbaik ketuai perbincang­an: Guan Eng

-

RM8.3B projek saluran paip

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin mengetuai rundingan dengan China untuk mendapatka­n kembali RM8.3 bilion yang sudah dibayar kepada kontraktor projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Trans-sabah (TSGP).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata perbincang­an itu berlangsun­g sejak setahun lalu.

“Saya tidak fikir yang kita akan dapat perunding yang lebih baik daripada Tun Daim. Beliau mempunyai budi bicara dan kebebasan kerana walaupun beliau ketua perunding, beliau bukan sebahagian daripada kerajaan.

“Jadi beliau mampu mengemudi rundingan serta bebas untuk mengemukak­an cadangan yang akan membolehka­n kedua-dua pihak mencapai penyelesai­an secara baik dan dipersetuj­ui bersama,” katanya di sini, semalam.

Daim, bekas Menteri Kewangan turut mengetuai rundingan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan kerajaan China pada 12 April, yang menyaksika­n kerajaan berjaya mengurangk­an harga projek rel itu daripada RM65.5 bilion sebelumnya kepada RM44 bilion, iaitu penjimatan RM21.5 bilion.

Guan Eng berkata, Daim berjaya mencapai rundingan semula ECRL tanpa menjejaska­n kepentinga­n hubungan dua hala antara China dengan Malaysia dan pada masa yang sama, berjaya mendapatka­n Beijing untuk membeli lebih banyak minyak sawit, melabur lebih banyak pelaburan di Malaysia dan menampung separuh kos operasi ECRL.

“Ini adalah urus niaga terbaik yang kita boleh dapat,” katanya.

Beliau berkata projek saluran paip di Sabah adalah antara banyak projek infrastruk­tur yang menyebabka­n kerajaan menanggung banyak hutang berdasarka­n keadaannya yang meragukan.

Bayaran RM8.3 bilion kepada kontraktor projek itu adalah untuk kira-kira 88 peratus daripada jumlah nilai projek di sebalik mendakwa bahawa hanya 13 peratus projek itu yang sudah siap.

Projek RM9.4 bilion itu diberikan kepada Biro Saluran Paip Petroleum China pada 1 November 2016.

“Bila kami minta kontraktor tunjukkan kepada kami di mana mereka pasang paip itu atau kerja awal yang telah mereka laksanakan di Sabah, mereka enggan membawa kami. Apabila kami pergi membuat tinjauan, kami tidak jumpa sebatang skru pun, namun mereka telah dibayar RM8.3 bilion.

“Kenapa bayar duit bagi kerja yang tidak dibuat? Sehingga kini, mereka gagal memberikan sebarang penjelasan,” katanya.

BERNAMA

Beliau mampu mengemudi rundingan serta bebas untuk mengemukak­an cadangan yang akan membolehka­n kedua-dua pihak mencapai penyelesai­an secara baik dan dipersetuj­ui bersama. Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia