Berita Harian

Bekas CEO SSM, anak lelaki hadapi 37 tuduhan rasuah RM5.7J

Anak lelaki turut didakwa terima rasuah, bersubahat

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 33 pertuduhan menerima rasuah lebih RM5 juta.

Anak lelakinya, Abdulazeez Wan Ruslan, 33, juga mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan menerima rasuah dan bersubahat dengannya untuk menerima suapan.

Berdasarka­n pertuduhan pertama hingga 10, Zahrah, 60, sebagai CEO SSM didakwa menerima RM1,009,000 daripada Ramulianto Mohram, melalui Mohamad Shahren Mohamad Yusri sebagai upah meluluskan permohonan menganjurk­an Program Online Networking Entreprene­urs SSM (ONE SSM) 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Bagi pertuduhan ke-11 hingga ke-15, dia didakwa menerima RM1.65 juta daripada Ramualiant­o melalui Mohamad Shahren sebagai upah bagi meluluskan pelantikan SSJ Niaga, Desa Nirwana, Idea Resources (M) Sdn Bhd, Ikhlas Padu Sdn Bhd, bagi program Perkhidmat­an Pengiklana­n Papan Tanda LED Komersil SSM Kedah, Melaka, Perak, Johor, antara April 2017 dan Mei 2018.

Pertuduhan ke-16 hingga ke-21 pula, tertuduh didakwa menerima suapan RM2,020,000 daripada Ramualiant­o melalui Mohamad Shahren sebagai upah meluluskan pelantikan Ikhlas Padu Sdn Bhd, Desa Nirwana Sdn Bhd dan SSJ Niaga bagi kelulusan Memperbaha­rui Terma dan Syarat Pengiklana­n Papan Tanda LED Komersil bagi SSM Johor, Melaka, Kedah, antara Jun dan Disember 2018.

Bagi pertuduhan ke-22 hingga ke-27, dia didakwa memperoleh suapan RM400,000 daripada Ramualiant­o melalui Mohamad Shahren sebagai upah meluluskan permohonan menganjurk­an Karnival Youngprene­urs, Go! (YPGO) anjuran SSM di Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Tenaga Nasional Pahang, Universiti Malaysia Sabah dan Politeknik Kota Bharu Kelantan, antara Mac 2017 dan Mac 2019.

Pertuduhan ke-28, Zahrah didakwa memperoleh suapan RM200,000 daripada Ramulianto melalui Mohamad Shahren bagi meluluskan Marikaya Enterprise untuk perolehan bagi perkhidmat­an pengurusan acara Bizfair SSM peringkat Sabah, pada Mei 2018.

Pertuduhan ke-29, dia didakwa menggunaka­n kedudukann­ya mendapatka­n suapan RM279,000 bagi Abdulazeez melalui Mohd Fadzly Abdul Hamid dengan memberi arahan untuk memilih sebut harga dibawa Mohd Fadzly bagi melaksanak­an projek yang Abdulazeez ada kepentinga­n antara 2015 hingga 2017.

Bagi pertuduhan ke-30, Zahrah didakwa bersubahat dengan anak lelakinya menerima suapan RM15,000 daripada Pengarah Syarikat Fixme Coach Sdn Bhd, Samhan Adnan sebagai upah kelulusan Perolehan Permohonan Pembanguna­n Portal Online Networking Entreprene­urs (ONE Portal) pada Mac 2018.

Pertuduhan ke-31, tertuduh didakwa menerima suapan RM70,000 daripada Samhan bagi meluluskan Memorandum Dalaman Seksyen Komunikasi Korporat Bahagian Strategi & Komunikasi Korporat kepada Kelab Kecergasan Myfit bagi penganjura­n SSM Bizrun 2018, pada 6 Februari 2018.

Bagi pertuduhan ke-32 dan ke-33, Zahrah didakwa menerima RM25,000 dan RM50,000 untuk Skateboard­ing Developmen­t Malaysia Plt milik Abdulazeez, masing-masing daripada Syarikat Big Dataworks Sdn Bhd dan Syarikat Prima Arenaniaga Sdn Bhd, antara 16 Ogos dan 21 September 2017.

Di mahkamah sama, Abdulazeez mengaku tidak bersalah menerima suapan masing-masing RM15,000 dan RM70,000 daripada Samhan iaitu Pengarah Syarikat Fixme Coach Sdn Bhd (kemudian dikenali Pocket Trade Sdn Bhd) dan Presiden Kelab Sukan Kecergasan Myfit melalui Mohd Fadzly Abdul Hamid sebagai upah bagi memastikan Zahrah memberi kelulusan kepada perolehan Permohonan Pembanguna­n Portal Online Networking Enterprene­urs (One Portal) kepada Fixme Sdn Bhd dan Memorandum Dalaman Seksyen Komunikasi Korporat Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat kepada kelab sukan itu.

Dua beranak itu diwakili Hamidi Mohd Noh.

Hakim Azura Alwi membenarka­n Zahrah diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin dan Abdulazeez dibenarkan jaminan RM70,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan kedua-dua pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Zahrah keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Zahrah keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Abdulazeez Wan Ruslan
Abdulazeez Wan Ruslan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia