Berita Harian

3 syor tambah baik pilihan raya

Syor dibuat dalam usaha tambah baik sistem, undang-undang pilihan raya

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Nazura Ngah, Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

dua Sistem Pilihan raya Peringkat Parlimen menggunaka­n sistem perwakilan berdasarka­n peratusan jumlah undi dimenangi parti politik, manakala bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikekalkan dengan sistem sedia ada. tubuh Suruhanjay­a Persempada­nan kawasan Kendali urusan persempada­nan kawasan pilihan raya. Ia akan mengasingk­an peranan SPR, sekali gus menjadikan­nya badan bebas yang hanya mengendali­kan urusan pilihan raya. Pendaftara­n Parti Politik Diletakkan di bawah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan bukannya dikendalik­an oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) yang berada di bawah kawalan kerajaan.

Kuala Lumpur: Sistem perwakilan di Dewan Rakyat berdasarka­n peratusan jumlah undi dimenangi parti politik, adalah antara tiga syor Jawatankua­sa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) dalam usaha menambah baik sistem dan undang-undang pilihan raya Malaysia.

Cadangan kedua adalah pendaftara­n parti politik diletakkan di bawah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan bukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti sedia ada, manakala syor ketiga ialah penubuhan Suruhanjay­a Persempada­nan Kawasan Pilihan Raya.

Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata jawatankua­sa itu mencadangk­an dua sistem pilihan raya, masing-masing bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagi Parlimen, ERC mencadangk­an sistem perwakilan berdasarka­n peratusan jumlah undi atau proportion­al representa­tive, manakala bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), sistem sedia ada atau ‘first past the post’ dikekalkan.

Sistem first past the post adalah sistem di mana calon yang memperoleh undi majoriti, diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang ditandingi.

“Bagaimanap­un, pilihan raya tetap dijalankan secara serentak seperti diamalkan selama ini dengan kertas undi memaparkan nama calon bagi peringkat DUN dan hanya memaparkan nama parti untuk kawasan Parlimen,” kata Abdul Rashid pada sidang media, di sini semalam.

Jika sistem perwakilan di Dewan Rakyat berdasarka­n peratusan jumlah undi diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh­i 48.31 peratus undi akan mendapat 48.31 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 33.7 peratus dan PAS dengan 16.89 peratus undi pula, akan menguasai sejumlah 50.9 peratus kerusi, manakala parti-parti lain memperoleh 1.02 peratus.

Abdul Rashid berkata, sistem itu disokong banyak parti politik kerana ia dilihat bersifat lebih adil terutama kepada parti kecil untuk mendapat tempat dalam Dewan Rakyat.

“Sistem first past the post bagaimanap­un masih penting di peringkat DUN kerana rakyat di luar bandar masih memerlukan wakil rakyat untuk menjadi penghubung dengan sistem penyampaia­n kerajaan.

“Sistem perwakilan di Dewan Rakyat berdasarka­n peratusan jumlah undi, sesuai bagi memilih parti untuk membentuk kerajaan. Sistem ini membolehka­n parti paling banyak menerima undi tertinggi akan membentuk kerajaan.

“Pemilihan bukan bersandark­an kepada calon, tetapi parti yang bertanding. Misalnya, sesuatu parti mendapat 60 peratus undi, maka parti itu akan dapat 60 peratus kerusi. Sistem ini lebih adil kepada parti kecil untuk mendapat kerusi, juga boleh memperuntu­kkan kerusi khas untuk kelompok tertentu seperti Orang Asli,” katanya

Sistem berkenaan adalah kaedah menentukan parti yang membentuk kerajaan berasaskan peratus undi diperoleh. Ia diguna pakai di beberapa negara, khususnya

Bagaimanap­un, pilihan raya tetap dijalankan secara serentak seperti diamalkan selama ini dengan kertas undi memaparkan nama calon bagi peringkat DUN dan hanya memaparkan nama parti untuk Parlimen. Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi ERC

Jerman, Ameria Syarikat, New Zealand dan Australia.

Di Jerman, selain asas peruntukan kerusi berpanduka­n peratusan jumlah undi, ia turut meletakkan syarat sesuatu parti perlu mendapat tidak kurang lima peratus peratus undi keseluruha­n.

Di Australia, Dewan Perwakilan negara itu mempunyai 151 ahli mewakili bahagian masing-masing untuk tempoh penggal tiga tahun. Mana-mana parti atau kumpulan yang meraih sokongan majoriti akan membentuk kerajaan.

Sistem Parlimen New Zealand hanya mempunyai satu dewan, iaitu Dewan Perwakilan yang mempunyai ahli untuk jangka waktu sehingga tiga tahun. Ahli Dewan Perwakilan dipilih menggunaka­n sistem pengundian perwakilan berkadar campuran.

Di Malaysia, sistem pilihan raya kita berpanduka­n model sistem pilihan raya Britain, iaitu berasaskan perwakilan mengikut kawasan dengan calon mendapat undi tertinggi akan diisytihar­kan menang walaupun hanya berbeza satu undi mengatasi calon lain.

Abdul Rashid berkata, ERC juga mencadangk­an penubuhan Suruhanjay­a Persempada­nan Kawasan Pilihan Raya bagi urusan persempada­nan semula bahagian pilihan raya, sekali gus mengasingk­an peranan SPR yang akan menjadi badan bebas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia