Berita Harian

25 rancangan pengganas dipatahkan sejak 2013

-

Kuala Lumpur: Polis mematahkan 25 rancangan serangan pengganas di negara ini sejak 2013, antaranya serangan berskala besar ke atas tempat ibadat Kristian, Hindu dan Buddha, serta pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata berikutan itu 74 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan keganasan, termasuk merancang serangan keganasan dan mengumpul dana bagi serangan.

“Antara rancangan serangan terbesar ialah pengganas Daesh Wolf Pack di kuil Sri Maha Mariaman USJ,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan mematahkan serangan yang dirancang pengganas itu adalah hasil risikan polis dan perkongsia­n maklumat yang diterima daripada pelbagai pihak.

“Kami berjaya menggagalk­an percubaan serangan kumpulan Daesh sejak 2013, kerana kita mempunyai undang-undang yang kukuh,” katanya.

Ayob Khan berkata, undang-undang berkaitan pencegahan memainkan peranan penting dalam usaha membendung kegiatan keganasan dan setiap negara tidak terkecuali Malaysia, mempunyai undang-undang khusus bagi menangani keganasan atau untuk pencegahan.

“Pihak berkuasa berdepan ancaman yang berbeza jika dibanding dahulu hingga kini.

“Oleh itu, undang-undang pencegahan perlu ada. Kalau kita tiada undang-undang pencegahan, kami sukar untuk ambil tindakan awal.

“Tindakan pencegahan adalah untuk memastikan kumpulan pengganas ini tidak melakukan serangan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pada masa ini terdapat 65 rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Daesh berada di Syria.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 40 wanita dan kanak-kanak menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses perbincang­an, membabitka­n beberapa agensi lain untuk me

Kejayaan mematahkan serangan hasil risikan polis dan perkongsia­n maklumat.

nguruskan perkara itu.

Ayob Khan berkata, perbincang­an berkenaan membabitka­n agensi seperti Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) serta agensi di luar negara.

“Bagaimanap­un, semua itu bergantung kepada keputusan kerajaan, sama ada membenarka­n mereka pulang atau tidak kerana perkara ini dipertimba­ngkan melalui pelbagai aspek seperti kos penghantar­an dan sebagainya,” katanya.

Secara peribadi katanya, beliau berpendapa­t kumpulan berkenaan perlu dibawa pulang kerana apa pun yang dilakukan, mereka adalah rakyat Malaysia, iaitu negara yang bertanggun­gjawab.

“Mereka mungkin buat salah kami akui, tetapi kami boleh mempertimb­angkan rayuan mereka.

“Bagi lelaki dewasa, mereka akan dituduh di mahkamah, manakala wanita dewasa akan dinilai dan kalau cukup bukti akan dituduh juga.

“Kanak-kanak pula akan melalui sesi kaunseling dan deradikali­sasi.

“Keadaan rakyat Malaysia yang ditahan di penjara dan kem pelarian (di luar negara) kini amat kritikal daripada pelbagai aspek,” katanya. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 27 September lalu.
Keratan akhbar BH pada 27 September lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia