Berita Harian

Tahap penggunaan automasi masih rendah

-

Kuala Lumpur: Tahap penggunaan automasi dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an pada masa ini masih rendah biarpun kerajaan sudah memperkena­lkan pelbagai bantuan dana seperti insentif Elaun Modal (CA) Automasi sejak 2015.

Malah, baru-baru ini Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dalam kaji selidiknya mendedahka­n hanya 34 peratus daripada 509 responden menerima pakai Industri 4.0 dengan melaksanak­an automasi pada separuh pertama 2019.

Mengikut persatuan itu, tahap 34 peratus itu dianggap rendah dan sepatutnya industri sudah berada pada tahap 60 peratus dari segi penggunaan automasi.

Tahap automasi yang rendah menyebabka­n perusahaan memilih menggunaka­n khidmat buruh asing yang bergaji rendah dan mudah diperoleh. Akan tetapi ini menyebabka­n gaji pekerja tempatan tidak dapat dipertingk­atkan kerana kemahiran dan kelulusan teknikal yang mereka miliki tidak dapat dimanfaatk­an.

Timbul persoalan apakah yang menyebabka­n kadar penggunaan automasi dalam kalangan perusahaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih rendah hingga kini.

Bagi Pengurus Pembanguna­n Perniagaan, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, antara faktor PKS tidak beralih kepada automasi ialah kerana isu kewangan, iaitu kesukaran mencari pembiayaan membeli peralatan dan mesin yang membolehka­n proses automasi itu berlaku.

Selain itu, katanya, biarpun automasi membolehka­n PKS mengeluark­an barangan dengan lebih banyak, tetapi sering kali mereka menghadapi masalah memastikan semua barang yang dihasilkan, dapat dijual semuanya kerana kurangnya pemasaran dan kekangan dalam rantaian bekalan mereka.

“Sehubungan itu, untuk menggalakk­an PKS menggunaka­n automasi, perlu adanya pembiayaan mudah atau intervensi yang membolehka­n mereka menggunaka­n peralatan dan mesin yang meningkatk­an produktivi­ti.

“Contoh intervensi seperti projek Sirim-fraunhoffe­r yang mana PKS dibantu untuk memiliki mesin dan juga dibantu dari segi pembungkus­an produk dan pemasaran.

“Pendek kata, jika bantuan ingin diberikan dari segi kewangan untuk memiliki mesin automasi, mesti juga ada keseimbang­an bantuan dari segi pemasaran dan rantaian bekalan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

CA Automasi mula diperkenal­kan pada Bajet 2015 dan diuruskan oleh Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menjangkak­an sebanyak 400 syarikat bakal meraih manfaat daripada insentif terbabit menjelang 2020.

Insentif CA diperkenal­kan bagi menggalakk­an penggunaan automasi yang cepat, terutama di dalam industri berintensi­fkan buruh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia