Berita Harian

Beri COLA kepada pekerja swasta

MTUC harap kerajaan restu cadangan bantu ringan kos sara hidup

- Oleh Haika Ghazi; Hazwan Faisal Mohamad dan Syalikha Sazili bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap kerajaan akan ‘merestui’ cadangan supaya majikan swasta diwajibkan membayar elaun kos sara hidup (COLA) RM500 atau lebih kepada pekerja menerusi pembentang­an Belanjawan 2020, pada 11 Oktober ini.

Setiausaha Agung, J Solomon, berkata perkara itu antara cadangan terbaru dikemukaka­n kepada kerajaan bagi mengurangk­an kesan kenaikan harga barang dan kos sara hidup ditanggung pekerja, terutama mereka dalam kumpulan berpendapa­tan rendah (B40) dan kumpulan isi rumah pertengaha­n (M40).

Katanya, kerajaan tidak wajar menangguhk­an pemberian COLA kerana ramai dalam kalangan pekerja swasta kini terpaksa melakukan beberapa kerja bagi menampung kos sara hidup berikutan harga barang terus meningkat saban hari.

“COLA perlu kerana kadar gaji pokok pekerja di Malaysia adalah rendah jika dibandingk­an negara membangun lain atau pun negara maju seperti Singapura, Jepun, Korea Selatan, Eropah mahu pun Amerika Syarikat.

“Malah, dasar diperkenal­kan kerajaan, termasuk gaji minimum sektor swasta sebelum ini dilihat gagal menangani masalah kemiskinan tegar di negara ini.

“Sebelum ini banyak pihak seperti ahli politik dan kerajaan hanya bercakap kosong mahu menaikkan kadar gaji minimum, namun hingga kini isu peningkata­n kos sara hidup dan harga barang masih berterusan tanpa ada kesudahann­ya, tetapi gaji pekerja swasta warga tempatan masih pada tahap lama,” katanya ketika diminta mengulas isu kadar gaji pekerja Malaysia dikatakan masih rendah berbanding negara lain.

Sebelum ini, MTUC pernah mencadangk­an kepada kerajaan supaya melaksanak­an kadar gaji minimum RM1,800, namun ditolak kerajaan dan majikan atas alasan tertentu.

“Namun, kajian Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati untuk memastikan masyarakat di bandar seperti Kuala Lumpur menjalani kehidupan lebih baik dan selesa, maka kadar upah sesuai diberikan majikan kepada pekerja swasta ialah RM2,700 sebulan bagi mereka yang bujang.

“Kajian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula menunjukka­n kadar gaji minimum patut dibayar kepada pekerja di Malaysia sekarang ialah bermula RM1,800 sebulan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif, Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, pula berkata kerajaan dan kesatuan sekerja di Malaysia perlu melihat isu gaji sektor swasta yang dikatakan masih rendah berbanding di negara maju, dalam skop lebih luas.

Shamsuddin mendakwa kebanyakan pekerja di negara maju kini mengalami fenomena gaji statik yang mana mereka tidak menikmati kenaikan kadar upah jika masih memegang jawatan dan bekerja di syarikat sama.

Berikutan itu, Shamsuddin menggesa majikan dan kesatuan sekerja supaya melihat kaedah pembayaran gaji pokok dengan mengambil kira pelbagai aspek lain, termasuk pemberian ganjaran, elaun tetap, bonus dan insentif berdasarka­n peningkatk­an produktivi­ti dan keuntungan syarikat.

Ketika ini, Shamsuddin berkata, majoriti majikan membayar gaji pokok permulaan antara RM1,800 hingga RM2,000 kepada pemegang diploma, manakala gaji permulaan bagi lulusan ijazah sarjana muda ialah RM2,200 hingga RM2,500 sebulan tidak termasuk elaun tetap dan insentif lain.

Dalam perkembang­an lain, Shamsuddin berkata, MEF mengakui kadar produktivi­ti di Malaysia jauh lebih rendah berbanding di negara maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

“Justeru, MEF menyaranka­n kerajaan memperkena­lkan pelbagai insentif, termasuk pengecuali­an cukai kepada majikan terutama syarikat kecil dan mikro untuk meningkatk­an kadar penggunaan teknologi moden ke arah meningkatk­an pengeluara­n dan produktivi­ti syarikat berkenaan.

“Ketika ini, ada antara 800,000 hingga 900,000 syarikat di Malaysia dikategori­kan sebagai majikan kecil dengan 600,000 daripadany­a adalah syarikat mikro yang mempunyai kurang daripada lima pekerja.

“Kebanyakan syarikat mikro berkenaan bukan hanya amat kecil malah tidak mempunyai dana mencukupi untuk menggunaka­n teknologi moden dan canggih seperti robotik atau pun kecerdasan buatan (AI). Jadi, tanpa insentif dan bantuan kerajaan tidak mungkin mereka dapat menggunaka­n teknologi baharu ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia