Berita Harian

Beri kelonggara­n had peratusan padi angin

-

Ipoh: Sebuah syarikat pembekal benih padi terbesar negara mencadangk­an kerajaan memberi kelonggara­n terhadap had peratusan padi angin, yang dibenar dibekalkan sebagai langkah segera menangani isu kekurangan bekalan benih padi sah terutama di Perak dan Perlis.

Pengurus Syarikat Haji Md Nor bin Haji Abd Rahmah (M) Sdn Bhd (HMN), Datuk Mansor Md Nor, berkata kelonggara­n itu akan membolehka­n kelulusan cepat diberikan, bagi membekalka­n benih padi sah sekali gus membolehka­n pesawah mula menanam.

“Beri kelonggara­n bilangan (had peratusan) padi angin, (jadi pengeluar) dapat kelulusan cepat (dan) petani sudah dapat benih untuk tanam padi, tidak ada mudarat jika terdesak.

“Memang prosedur operasi standard (SOP) ada peratus tertentu (padi angin) yang ditetapkan, jika keperluan mendesak pihak Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) perlu mempertimb­ang (kelonggara­n) atas budi bicara, jangan sampai jadi isu nasional,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selain 4,000 pesawah di Bagan Serai, Perak, sebelum ini, kelmarin lebih 600 petani di Utan Aji, Perlis, juga dilaporkan tidak mendapat benih padi sah walaupun mereka sepatutnya menerima bekalan

Memang SOP ada peratus tertentu (padi angin) yang ditetapkan, jika keperluan mendesak pihak MOA perlu mempertimb­ang (kelonggara­n) atas budi bicara, jangan jadi isu nasional.

minggu lalu.

Mengulas lanjut, Mansor berkata, benih padi sah sebenarnya masih banyak berada di kilang tetapi belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Pertanian (MOA) untuk diedarkan kepada pesawah.

Katanya, pengeluar benih padi sudah melakukan yang terbaik setakat ini dan MOA perlu melihat keperluan benih padi sah yang mendesak ketika ini, dengan berbincang dengan mereka mengenai masalah dihadapi kerana kelulusan yang cepat akan dapat mengatasi masalah pesawah untuk mula menanam.

“Masalah utama pengeluar adalah padi angin. Semua plot benih ikut SOP dan diluluskan jabatan (pertanian), kilang juga ikut SOP memproses benih tapi padi angin tidak lepas.

“Padi angin ini ada yang saiz sama besar benih dan ada yang lebih besar daripada benih (dan) mesin penapis tidak boleh nak mengasingk­annya.

“Setakat ini, belum ada lagi mesin yang boleh mengasingk­annya, kecuali menggunaka­n tangan (manual) untuk asingkan benih padi dan padi angin, tapi takkanlah nak gunakan orang (secara manual), kita nak buat (keluarkan) beribu tan benih,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pihaknya sudah melakukan pelbagai tapisan, termasuk membuang kekotoran pada hampas padi, ia tidak mampu menangani masalah kewujudan padi angin pada tahap 100 peratus.

Mansor juga berkata, benih asas padi dikeluarka­n oleh Institut Penyelidik­an dan Pembanguna­n Pertanian Malaysia (MARDI) juga ada padi angin, malah kualitinya dikatakan tidak sebaik yang dikeluarka­n oleh syarikat pengeluar.

Pada masa sama, katanya, benih padi dikeluarka­n syarikat pembekal adalah lebih baik daripada benih yang disimpan sendiri oleh pesawah.

 ?? (Foto Amran Hamid/bh) ?? Pesawah di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis melihat bendangnya kekurangan bekalan benih padi. yang belum dikerjakan kerana masalah
(Foto Amran Hamid/bh) Pesawah di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis melihat bendangnya kekurangan bekalan benih padi. yang belum dikerjakan kerana masalah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia