Berita Harian

Lebih 500,000 pengunjung dijangka hadir

Pelbagai program menarik sambutan di Johor Bahru hujung November

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Putrajaya: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 yang akan disambut di Johor Bahru pada hujung November ini, dijangka mendapat sambutan hangat dengan kedatangan hampir 500,000 pengunjung dan lebih 350 gerai jualan akan menyertain­ya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata HPPNK yang disambut setiap dua tahun oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bertujuan, menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang juga penyumbang utama makanan negara, dalam memastikan sekuriti sumber makanan terjaga.

Beliau berkata, HPPNK yang bakal diadakan itu juga bertepatan dengan falsafah ekonomi negara untuk menjadi teras kemajuan kepada Malaysia pada masa akan datang.

“HPPNK ini juga begitu sinonim dengan dasar dan hala tuju kementeria­n yang memfokus untuk memperkuku­hkan struktur dan amalan dalam tiga subsektor makanan utama negara iaitu padi, ruminan dan perikanan.

“Namun, pada masa sama pengeluara­n pertanian dalam subsektor lain tidak diketepika­n oleh MOA. Menerusi penganjura­n HPPNK ini juga, secara tidak langsung ia dapat meningkatk­an pendapatan golongan sasar dan majoriti penduduk luar serta pinggir bandar dari kumpulan B40 untuk terus memacu langkah seterusnya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran logo dan majlis countdown menjelang sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sallehhudd­in Hassan dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

HPPNK 2019 bertemakan Makanan Kita Masa Depan Kita akan diadakan selama empat hari bermula 28 November hingga 1 Disember di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Program dwitahunan ini dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala penutupnya oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Salahuddin berkata, menariknya HPPNK kali ini ialah ia akan mengetenga­hkan kepentinga­n permodenan, teknologi dan inovasi dalam industri agromakana­n negara, antaranya pameran penggunaan dron dalam sektor pertanian dan Internet of Things bagi menggalakk­an industri pertanian beralih kepada Internet-based Agricultur­e.

“Pada masa sama, ia menjadi satu platform untuk peladang, penternak dan nelayan mengetenga­hkan hasil pertanian dan teknologi terkini serta membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat,” katanya.

Pada HPPNK 2019 itu nanti, terdapat 13 pavilion negeri dengan identiti masing-masing, hampir 400 juadah masakan dan produk pertanian lain dari seluruh negeri diperkenal­kan.

Selain itu, tarikan terbaru ialah Kenduri Rakyat Nasi Ambeng, Budaya dan Seni Tani serta Job Fair menanti kedatangan pengunjung.

HPPNK kali ini membabitka­n kerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, manakala Lembaga Pertubuhan Peladang sebagai agensi pelaksana.

Menerusi penganjura­n HPPNK ini juga, secara tidak langsung ia dapat meningkatk­an pendapatan golongan sasar dan majoriti penduduk luar serta pinggir bandar dari kumpulan B40.

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir /BH) ?? Salahuddin serta timbalanny­a, Tze Tzin bersama Mohd Sallehhudd­in dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mazlan Aliman (tiga dari kanan) pada majlis countdown menjelang sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Putrajaya, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir /BH) Salahuddin serta timbalanny­a, Tze Tzin bersama Mohd Sallehhudd­in dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mazlan Aliman (tiga dari kanan) pada majlis countdown menjelang sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Putrajaya, semalam.
 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir /BH) ?? Salahuddin dan Tze Tzin (kiri) merasmikan pelancaran logo Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 sambil diperhatik­an Mohd Sallehhudd­in (dua dari kanan) dan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim (kanan) di Wisma Tani, Putrajaya, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir /BH) Salahuddin dan Tze Tzin (kiri) merasmikan pelancaran logo Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 sambil diperhatik­an Mohd Sallehhudd­in (dua dari kanan) dan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim (kanan) di Wisma Tani, Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia