Berita Harian

Elak remehkan demokrasi

-

Satu lagi titik baharu dalam arena politik Malaysia apabila calon berusia 18 tahun dibenarkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di Johor. Selepas hebat diperjuang, kini laluan untuk itu sudah terbuka. Namun, persoalan yang harus dilihat semua ialah sejauh manakah kita sudah bersedia untuk itu?

Dari segi Perlembaga­an memang kehadiran calon berusia 18 tahun dibenarkan kali ini. Namun, jangan pula ada yang sampai tergopoh-gapah mencari individu berusia 18 tahun semata-mata untuk menjadi ‘juara’ dalam hal ini. Kita tidak mahu sikap terburu-buru, akhirnya menjurus ke arah tindakan meremehkan proses demokrasi.

Perlu diingat, proses pilihan raya baik PRK atau pilihan raya umum (PRU) bukanlah pentas untuk mencari publisiti murahan. Motif utama pilihan raya adalah untuk mencari pemimpin demi rakyat. Lantas sebarang idea mana-mana pihak tidak kiralah kerajaan atau pembangkan­g untuk bereksperi­men dengan nasib dan masa depan rakyat, haruslah dielak.

Namun jika benar ada calon yang betul-betul layak dan dapat memenuhi kriteria untuk diangkat sebagai calon seterusnya bergelar pemimpin, tidak salah jika PRK Tanjung Piai ini dijadikan titik mula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia