Berita Harian

Galak sumbangan tetap Tabung Pahlawan

-

Kempen Tabung Pahlawan 2019 seperti dinyatakan Menteri Pertahanan, menyasarka­n kutipan RM6 juta. Sekali pandang jumlahnya agak besar, namun masih belum memadai. Tidak hairanlah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM merayu lebih banyak syarikat korporat tampil memberi sumbangan.

Kita setuju impak sumbangan syarikat korporat lebih besar berbanding individu. Namun kita tidak boleh bergantung kepada mereka semat-mata, sebaliknya semua rakyat harus ada kesedaran untuk menyumbang. Dalam hal ini, kita percaya stigma pemikiran umum terhadap Tabung Pahlawan harus diubah. Masyarakat harus sedar ia sebenarnya ‘peluang’ untuk mereka membalas dan berkongsi nikmat keamanan dikecapi.

Benar wang ringgit itu bukan tukaran keamanan. Namun, ia melambangk­an kita menghargai anggota tentera yang banyak berkorban dan berjasa. Dengan menyumbang walaupun RM1 kita sebenarnya memberi pengiktira­fan kepada jasa mereka.

Dalam menggalakk­an rakyat menyumbang, JHEV patut tampil dengan kaedah terkini. Di Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh ada terma monthly giver atau penyumbang bulanan untuk tabung veteran mereka. Kaedah ini banyak diaplikasi untuk tabung seupamanya. Mungkin Tabung Pahlawan kita boleh contohi untuk mudahkan orang ramai menyumbang secara tetap, bukan sekadar menunggu tabung diedar di sekolah atau lokasi awam semata-mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia