Berita Harian

‘Syor lebih banyak autonomi diperuntuk untuk teknokrat’

Langkah pastikan keputusan babit dasar negara tiada kaitan sentimen, agenda politik

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Bangi: Lebih banyak autonomi wajar diperuntuk­kan kepada golongan teknokrat untuk menerajui percaturan berhubung dasar negara supaya setiap keputusan tidak terpalit dengan sentimen dan agenda politik.

Penasihat Penyelidik Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, berkata sentimen dalam kalangan masyarakat ketika ini menyaksika­n orang ramai tidak lagi mempertaru­hkan kepercayaa­n terhadap kepemimpin­an kerajaan.

Katanya, hal itu berpunca daripada struktur kepemimpin­an kerajaan yang diterajui ahli politik dan sentiasa mencari laba kepentinga­n peribadi, berbanding menjana manfaat dan kesan positif untuk dinikmati rakyat.

“Oleh itu, wujud dilema mengenai siapa yang akan membawa ‘obor reformasi’ dalam keadaan sedemikian jika pembaharua­n benar-benar ingin dirintis membabitka­n dasar, inisiatif dan program berkaitan kerajaan.

“Reformasi seharusnya dipimpin teknokrat yang sentiasa sedar dan insaf, selain berada di luar lingkaran proses politik serta tidak mementingk­an diri,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama sempena Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Keempat, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Turut berkenan berangkat, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Jomo yang juga bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan, berkata penanda aras keberkesan­an urus tadbir kerajaan dan kemajuan negara bukan sekadar berlandask­an kejayaan membasmi rasuah.

Katanya, takrifan mengenai kerajaan dengan urus tadbir yang baik seperti digariskan Bank Dunia meningkat saban tahun dan terbaru, organisasi berkenaan memperuntu­kkan 150 ciri dikehendak­i.

“Kita perlukan reformasi tetapi ia perlu sesuai dengan keadaan, bukan ikut apa yang berlaku pada masa lampau. Malangnya, kita terperangk­ap dengan masa lampau,” katanya.

Sementara itu, Jomo berkata penyediaan makanan tengah hari yang sarat dengan khasiat dan dibekalkan menerusi produk tempatan wajar diperuntuk­kan di sekolah.

Ini kerana, program penyediaan sarapan diterajui Kementeria­n Pendidikan mulai Januari tahun depan sebagai tidak mencukupi, selain dibelenggu beberapa kepincanga­n.

Katanya, pemilihan sajian seperti susu daripada produk import untuk rancangan makanan itu mempunyai kandungan gula tinggi, sekali gus menyumbang kepada isu kekangan kos dan kesihatan murid.

“Rakyat tanpa disedari berdepan masalah kegemukan yang semakin meruncing, tetapi kita terus menafikan hakikat ini dengan tidak mengendahk­an komponen makanan seharian.

“Sebenarnya, kajian menunjukka­n sebilangan besar rakyat tidak mendapat zat makanan mencukupi, khususnya mineral dan kalsium yang menjadi penyumbang utama tumbesaran di peringkat awal usia.

“Oleh itu, berbanding hanya bekalkan sarapan, kita harus perluaskan program ini supaya mencakupi penyediaan makanan tengah hari di sekolah dan meliputi semua murid tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Jomo ketika ditanya mengenai pengurusan kos, berkata Johor dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan ketika ini melaksanak­an program perintis di negeri berkenaan dalam membekalka­n makanan tengah hari di sekolah.

Katanya, kos penyediaan makanan tengah hari sarat dengan pelbagai khasiat utama mengikut piramid makanan bagi setiap murid sekitar RM2.40 berbanding RM3 untuk sajian sarapan oleh Kementeria­n Pendidikan.

“Masalah kita ialah kurangnya kerjasama antara kementeria­n berkaitan dalam melaksanak­an program bermanfaat untuk rakyat seperti ini, justeru mereka harus tingkatkan aspek tadbir urus supaya menjana kesan yang lebih jitu.

“Mengenai kekangan kos, kita boleh beralih kepada produk tempatan yang dihasilkan petani dalam negara, berbanding meletakkan kebergantu­ngan kepada produk import.

“Menerusi pendekatan ini, kita bakal memacu perkembang­an industri pertanian tempatan, selain meningkatk­an produktivi­ti dan sosio ekonomi mereka.

“Kandungan gula dan bahan lain dalam makanan juga berupaya dikawal kerana kaedah penghasila­n produk adalah mengikut pertimbang­an kita sendiri,” katanya.

 ?? (Foto Nurul Shafina Jemenon /BH) ?? Jomo menyampaik­an ucaptama sempena Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Keempat, di UKM, Bangi, semalam.
(Foto Nurul Shafina Jemenon /BH) Jomo menyampaik­an ucaptama sempena Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Keempat, di UKM, Bangi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia