Berita Harian

Cadang sistem percukaian pintar ganti SST

-

Bangi: Kerajaan harus menggantik­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang dilaksanak­an sejak 1 September tahun lalu kepada sistem percukaian pintar.

Bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, ketika mengutarak­an cadangan itu mengakui masa semakin suntuk untuk kerajaan mengubah sistem percukaian negara, sempena pembentang­an Belanjawan 2020, pada 11 Oktober ini.

Bagaimanap­un, katanya, peralihan kaedah penjanaan pendapatan untuk negara wajar bersandark­an sistem percukaian pintar yang berteraska­n model lebih progresif.

“Saya terus membantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an), tapi saya rasa SST sendiri banyak kekurangan dan ia patut digantikan dengan sistem percukaian pintar.

“Bagaimanap­un, masa sudah

Saya rasa SST sendiri banyak kekurangan dan ia patut digantikan dengan sistem percukaian pintar. Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, Bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan

suntuk dan saya rasa tiada guna untuk saya komen lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucaptama sempena Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Keempat, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam.

Jomo yang juga pakar ekonomi, menegaskan penolakann­ya terhadap GST dan SST kerana kedua-dua sistem percukaian berkenaan bersandark­an kadar penggunaan serta tidak progresif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia