Berita Harian

Foodpanda umum pendirian dalam masa terdekat

-

Kuala Lumpur: Syarikat penghantar makanan dalam talian, foodpanda dijangka mengumumka­n pendirian berhubung kontrovers­i isu berkaitan skim pembayaran kepada penghantar mereka dalam tempoh terdekat.

Pengurus Bahagian Perhubunga­n Awam foodpanda Malaysia Sdn Bhd, Lisa Santa Maria, berkata pengumuman akan dibuat sejurus perbincang­an bersama pihak berkaitan dimuktamad­kan.

“Setakat ini, kita tidak akan memberi sebarang maklum balas mengenai isu ini kerana perbincang­an bersama Kementeria­n Sumber Manusia serta Kementeria­n Belia dan Sukan sedang dijalankan.

“Kita akan teliti keputusan perbincang­an ini terlebih dahulu, sebelum mengemukak­an sebarang maklum balas mengenai isu berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas gesaan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kelmarin, supaya foodpanda mengembali­kan skim pembayaran terdahulu bagi menyelesai­kan kemelut antara pihak pengurusan dan penghantar mereka.

Kelmarin, Syed Saddiq mengadakan dialog dengan penghantar foodpanda selepas menemui pengurusan syarikat berkenaan bagi membantu meleraikan isu berkenaan.

Isu membabitka­n penghantar makanan foodpanda tercetus selepas beberapa klip video dan foto tersebar sejak beberapa hari lalu, antara lain memaparkan mereka melancarka­n mogok kerana membantah pengenalan kadar baharu bayaran untuk pekerja. Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Syed Hussian Aljunid (tiga dari kanan) bersama Naib Canselor Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTEM), Prof Dr Raha Abdul Rahim (dua dari kiri) berbincang pada sesi lawatan UTEM ke Balai Berita, Bangsar, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia