Berita Harian

3 kementeria­n bentuk jawatankua­sa khas

Cari kaedah penyelesai­an jangka panjang berkenaan ‘gig economy’

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kabinet semalam memutuskan tiga kementeria­n membentuk jawatankua­sa khas bagi mencari penyelesai­an jangka panjang berkenaan ‘gig economy’ dengan lebih mendalam.

Ia membabitka­n Kementeria­n Belia dan Sukan; Kementeria­n Sumber Manusia serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata ia antara rancangan jangka panjang kerajaan dalam isu itu.

Terdapat ramai anak muda yang menjadi riders (pekerja penghantar­an) sepenuh masa atau separuh masa.

“Mereka perlu mendapat perlindung­an penuh untuk menambah pendapatan mereka. Kita perlu bertanggun­gjawab bagi memastikan masa depan mereka terjaga,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menyentuh isu foodpanda, beliau berkata, Kabinet juga menyaranka­n pengurusan syarikat itu mengembali­kan semula skim pembayaran asal dalam usaha menjamin kebajikan pekerjanya.

Beliau berkata, kerajaan percaya kepada persaingan perniagaan pasaran bebas, namun sebaik-baiknya ia tidak mengorbank­an nasib pekerja.

“Selepas mendengar cerita kedua-dua pihak (syarikat dan pekerja penghantar­an makanan syarikat itu), saya bawakan isu ini ke Kabinet hari ini (semalam).

“Kerajaan akan mencari jalan untuk memastikan pasaran yang lebih kompetitif bagi pemain sektor ini terutama apabila ada pihak mendakwa mereka yang mengawal pasaran,” katanya.

Syed Saddiq berkata, syarikat itu mendakwa mereka mempunyai kawalan pasaran yang besar dan kebanyakan pekerja penghantar makanannya kecuali di Johor sudah bersetuju dengan skim baharu.

“Ini kurang tepat kerana riders daripada Pulau Pinang dan Negeri Sembilan juga membantah keputusan baharu syarikat berkenaan,” katanya.

Isu pekerja foodpanda tercetus selepas beberapa video dan foto tular pada Isnin lalu, apabila pekerja penghantar makanan mogok kerana membantah kadar baharu bayaran yang diperkenal­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia