Berita Harian

Rakyat diingatkan hargai keamanan

-

Kuala Lumpur: Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye mengingatk­an orang ramai bahawa nilai keamanan hanya akan dihargai apabila ia tidak wujud seperti yang dialami negara yang terjejas oleh perang, konflik dan bencana.

Lam Thye ialah Duta Malaysia bagi Santuari Mahasiddha untuk Keamanan Sejagat, berkata keamanan amat diperlukan untuk menamatkan semua bentuk penderitaa­n.

“Keamanan membolehka­n kita menjalani kehidupan lebih bermakna dan ia penting untuk pembanguna­n dan kemakmuran negara.

“Pemimpin Malaysia konsisten dalam mempromosi keamanan, menamatkan peperangan dan konflik serta memulihara alam sekitar, termasuk di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York baru-baru ini,” katanya selepas pulang dari lawatan lima hari ke Nepal.

Beliau dan rombongann­ya mengunjung­i Nepal atas undangan Shyalpa Tenzin Rinpoche, iaitu pengasas Santuari Mahasiddha untuk Keamanan Sejagat di Lumbini.

Lam Thye dilantik sebagai Duta Besar Malaysia bagi santuari itu semasa sambutan Hari Wesak baru-baru ini.

Ketika lawatannya ke Nepal, beliau dan delegasiny­a dibawa melawat Lumbini dan mengadakan perbincang­an dengan Rinpoche mengenai pentingnya meningkatk­an keamanan sejagat.

Beliau juga turut melawat tapak Warisan Dunia UNESCO di Patan dan Durbar Square dan melihat sendiri kerosakan yang disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 2015.

Sebelum berlepas pulang ke Malaysia, Lam Thye turut membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Nepal, Ahmad Phadil Ismail di pejabat beliau di Kathmandu.

 ??  ?? Lam Thye bersama rombongan melawat tempat ibadah dan kebudayaan di Kathmandu, Nepal, baru-baru ini.
Lam Thye bersama rombongan melawat tempat ibadah dan kebudayaan di Kathmandu, Nepal, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia