Berita Harian

BERSATU dijangka tentu calon esok

-

Johor Bahru: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka memutuskan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dalam satu mesyuarat khas di Pagoh, esok.

Pengerusi BERSATU Johor, Mazlan Bujang, berkata satu mesyuarat akan diadakan pada jam 10 pagi di Pejabat BERSATU Pagoh, esok yang dipengerus­ikan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, agenda utama mesyuarat itu adalah berkait dengan PRK Parlimen Tanjung Piai, selain kemungkina­n membincang­kan soal siapakah calon yang akan diletakkan parti itu untuk kerusi Parlimen berkenaan.

“Selepas mesyuarat itu, mungkin akan ada perkembang­an (siapa calon) dan boleh tanya sendiri kepada Tan Sri (Muhyiddin) nanti selepas tamat mesyuarat berkenaan.

“Kita (BERSATU Johor) pun belum lantik Pengarah Pilihan Raya dan saya akan cadangkan untuk melantik Tan Sri (Muhyiddin) sebagai Pengarah Pilihan Raya dalam mesyuarat berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Mazlan berkata, tempoh kempen selama 14 hari yang diumumkan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), semalam adalah perkara biasa dan tidak menjadi masalah buat BERSATU Johor untuk berdepan situasi berkenaan.

“Tiada masalah, tetapi kalau tanya pendapat peribadi, saya lebih suka tempoh berkempen pendek kerana lebih kurang berkempen lebih kurang kita bergaduh dan membuat dosa,” tambahnya.

PRK Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November depan susulan kematian penyandang­nya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Allahyarha­m yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 524 undi.

Agenda utama mesyuarat itu adalah berkait dengan PRK Parlimen Tanjung Piai, selain kemungkina­n membincang­kan soal siapakah calon yang akan diletakkan parti itu untuk kerusi Parlimen berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia