Berita Harian

‘Pembangkan­g perlu terima keputusan SPR’

-

Kuala Lumpur: Pemimpin dan parti pembangkan­g diingatkan supaya tidak mencari alasan picisan untuk menyerang Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dalam hal membabitka­n tarikh berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor yang ditetapkan SPR.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) berpendapa­t, seharusnya seteru politik mereka itu sedar bahawa SPR sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum menetapkan tarikh penting berkaitan PRK itu dan bukannya kerana ingin sabotaj agenda parti pembangkan­g yang sudah ditetapkan pada tarikh berkenaan.

Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata pembangkan­g perlulah menerima hakikat bahawa SPR sebagai sebuah institusi yang bebas untuk mengendali­kan pilihan raya mengikut ketetapan dan sudah tentunya mempunyai alasan tersendiri menetapkan tarikh yang kebetulan bertembung dengan program penting pembangkan­g.

“Adalah keterlalua­n sekiranya pembangkan­g mengaitkan penetapan tarikh SPR ini sebagai usaha membantu PH. Saya saran parti pembangkan­g memberikan tumpuan kepada kempen secara sihat dan tidak menjurus kepada isu titik-bengik yang bersifat picisan dan murahan,” katanya kepada BERNAMA.

Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata pembangkan­g perlu berlapang dada dan berbesar hati dalam menerima keputusan SPR itu seperti mana PH menerima keputusan SPR untuk mengadakan PRU-14 pada hari biasa.

“Harap BN berbesar hatilah, dahulu kami ketika pembangkan­g pun menghadapi benda sama, tetapi kami akur dengan kehendak SPR. Malah SPR sudah bagi hujah yang cukup bernas, ia juga memikirkan masa atau hari yang tidak terduga, sekurang-kurangnya ada tujuh hari extra lagi untuk kontigensi,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an seteru politik mereka itu, khususnya UMNO dan MCA untuk menunda ke tarikh lain program parti yang dirancang.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia