Berita Harian

Elemen cegah jenayah seks siber dalam silibus PJK

Kementeria­n turut masukkan unsur pemerdagan­gan manusia peringkat sekolah menengah

- Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

Ipoh: Kementeria­n Pendidikan sudah memasukkan elemen pencegahan jenayah seks siber dan pemerdagan­gan manusia dalam silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) pada peringkat sekolah menengah.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata langkah itu adalah sebahagian daripada cara kementeria­n untuk mendidik pelajar sekolah bagi melindungi diri mereka daripada perkara yang tidak diingini.

“Ini cara kita bagi mendidik anak dan adik-adik kita untuk bagaimana melindungi diri sendiri.

“Mereka perlu tahu apa sebenarnya sentuhan yang OK (baik) dan sentuhan yang tidak OK, tetapi dari segi mempertaha­nkan diri sendiri, ia dilaksanak­an melalui aktiviti kokurikulu­m dan terpulang kepada pelajar dan sekolah untuk membuat pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Peruntukan Khas kepada 13 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di SJKC Bercham di sini, semalam.

Nie Ching mengulas insiden seorang kanak-kanak perempuan yang terselamat daripada serangan seksual seorang pemandu teksi di kawasan Tembok Panuwasa, Kudat, Sabah, Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun itu berjaya melarikan diri selepas bertindak menyucuk mata lelaki berkenaan menggunaka­n batang ais krim dan tindakanny­a mendapat pujian daripada netizen.

Terdahulu, Nie Ching menyerahka­n peruntukan sebanyak RM620,000 yang disediakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), The Community Chest Fund dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan kepada 13 sekolah berkenaan pada majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Nie Ching turut menasihati ibu bapa supaya menggalakk­an anak mereka menyertai aktiviti kokurikulu­m berkaitan seni mempertaha­nkan diri sebagai mempersiap­kan mereka menghadapi situasi cemas terutama ketika berseorang­an.

Beliau berkata, terdapat pelbagai aktiviti kokurikulu­m termasuk taekwando dan karate yang boleh dipilih oleh kanak-kanak dan ibu bapa dalam memastikan anak mereka mempunyai asas mempertaha­nkan diri apabila berlaku perkara tidak diingini.

“Namun, pada masa sama pendidikan seksualiti telah dimasukkan di dalam sebahagian silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

“Pada peringkat prasekolah juga, guru ada mengajar pelajar mana sentuhan yang baik atau tidak baik, dan ia sangat penting untuk mereka belajar dan faham,” katanya.

Ini cara kita bagi mendidik anak dan adik kita bagaimana melindungi diri sendiri. Mereka perlu tahu apa sebenarnya sentuhan yang OK (baik) dan sentuhan yang tidak OK, tetapi dari segi mempertaha­nkan diri, ia dilaksanak­an melalui aktiviti kokurikulu­m dan terpulang kepada pelajar dan sekolah untuk membuat pilihan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia