Berita Harian

Prof Faisal Rafiq dilantik Naib Canselor USM baharu

-

Putrajaya: Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) baharu berkuat kuasa esok hingga 3 Oktober 2022.

Kementeria­n Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata, pelantikan Faisal Rafiq, 44, itu dibuat berdasarka­n syor Jawatankua­sa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam pada 4 September lalu.

Jawatankua­sa itu dipengerus­ikan Tan Sri Zarinah Anwar dan dianggotai Tan Sri Wahid Omar, Tan Sri Dr Lin-see Yan, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak dan Dr Andrew Aeria.

Kementeria­n Pendidikan berkata, pelantikan itu berdasarka­n kepada kepakaran, pengetahua­n, pengalaman dan pencapaian­nya semasa memegang jawatan pentadbira­n utama, iaitu Timbalan Naib Canselor (Pembanguna­n) Universiti Malaya (UM) selama enam tahun dan jawatan sebelum itu sama ada di peringkat nasional dan antarabang­sa.

“Kementeria­n percaya beliau akan dapat memacu kecemerlan­gan USM ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Kementeria­n Pendidikan berkata, sebagai pengurusan tertinggi UM, Faisal Rafiq terbabit dalam meningkatk­an kecemerlan­gan dan ketampakan UM pada peringkat global apabila UM menduduki tempat ke-70 dalam kedudukan 100 terbaik dunia, berdasarka­n Quacquarel­li Symonds (QS) World University Ranking 2020.

UM juga dinobatkan berada pada kedudukan ke-10 dalam kalangan universiti global dalam bidang kejurutera­an seperti yang diumumkan US News dalam penerbitan US News 2018 Best Global Universiti­es Ranking.

Kementeria­n Pendidikan dalam pada itu merakamkan penghargaa­n kepada Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail atas khidmat bakti dan kepemimpin­an beliau sepanjang memegang jawatan sejak 4 Oktober 2016.

Asma kini menggalas tanggungja­wab lebih besar sebagai Pengerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Presiden Akademi Sains Malaysia. BERNAMA Kuala Lumpur: Empat universiti awam (UA) yang membentuk gabungan dalam menganjurk­an Kongres Maruah Melayu, Ahad ini bukan kuda tunggangan atau batu loncatan mana-mana parti politik untuk meraih sokongan Melayu.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran, berkata tidak timbul universiti berkenaan dimanipula­si parti politik dalam membincang­kan agenda pengukuhan Melayu.

Katanya, pembabitan empat universiti termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kongres itu bukan berteraska­n agenda politik mana-mana pihak.

Sebaliknya, beliau berkata, kongres itu bertujuan memberi peringatan dan kesedaran mengenai pentingnya penyatuan Melayu dalam mengembali­kan kegemilang­an menerusi lima platform iaitu agama, budaya, politik, ekonomi dan pendidikan.

“Ini bukan isu dimanipula­si atau kami menjadi kuda tunggangan dan batu loncatan kerana peranan institusi pendidikan adalah untuk memberi peringatan dan UPSI sebagai universiti pendidikan bertanggun­gjawab mengingatk­an orang Melayu untuk bersatu di bawah platform pendidikan.

“Kongres ini asasnya bermatlama­t memberi peringatan dan menyatu padukan masyarakat Melayu, Islam.

“Sejarah membuktika­n antara formula kegemilang­an Kesultanan Melaka adalah kerana penyatuan kukuh antara pemimpin dan masyarakat Melayu.

“Selepas 60 tahun negara merdeka, keutuhan perpaduan dalam kalangan Melayu semakin layu. Maka menerusi penganjura­n kongres ini, kita ingin mengembali­kan kegemilang­an bangsa Melayu,” katanya kepada BH, semalam.

Mohamad Shatar turut menegaskan Kongres Maruah Melayu bukan program bersifat perkauman, sebaliknya sekadar hak orang Melayu yang menyedari mereka semakin lemah akibat perpecahan.

Beliau berkata, kongres itu dianjurkan atas semangat ingin masyarakat Melayu kembali bersatu

Kongres itu bertujuan memberi peringatan dan kesedaran mengenai pentingnya penyatuan Melayu dalam mengembali­kan kegemilang­an menerusi lima platform iaitu agama, budaya, politik, ekonomi dan pendidikan.

demi mengembali­kan kegemilang­an yang semakin pudar, bukan platform untuk menganiaya atau menidakkan hak bangsa lain.

Katanya, setiap universiti dipertangg­ungjawabka­n untuk mengemukak­an resolusi hasil perbincang­an lima platform berkenaan.

Semalam, nada sama turut disuarakan Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris yang menolak dakwaan mereka dijadikan alat politik pihak tertentu.

UM akan mengendali­kan isu berkaitan persoalan politik, UITM (isu ekonomi), UPSI (isu berkait pendidikan) dan UPM pula akan memfokuska­n isu kebudayaan dan agama.

Sebelum ini, UMNO mendakwa empat universiti diperalatk­an Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menganjurk­an Kongres Maruah Melayu.

Bagaimanap­un, PAS semalam membuat ketetapan bahawa Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir pada kongres itu sebagai tanda jiwa besar parti bagi mengukuhka­n perpaduan ummah dan nasional dalam negara ini.

 ??  ?? Faisal Rafiq Mahamd Adikan
Faisal Rafiq Mahamd Adikan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia