Berita Harian

POPULAR tawar hadiah RM13,400

Anjur pertanding­an mewarna kanak-kanak sempena ulang tahun ke-95

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Rangkaian kedai buku, Popular Book Co. (M) Sdn Bhd (POPULAR) akan menganjurk­an Pertanding­an Mewarna Kanak-kanak bertema, Reading is Fun sempena menyambut ulang tahun ke-95.

Menurut kenyataan POPULAR, pertanding­an yang akan diadakan di pusat membeli-belah Mid Valley pada 19 Oktober ini menyediaka­n pelbagai hadiah menarik untuk pemenang, termasuk barangan POPULAR dan Faber-castell mencecah RM13,400.

Ada dua kategori, iaitu A untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun dan B untuk kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun, yang mana setiap kategori dihadkan penyertaan seramai 120 orang saja.

Semua peserta akan diberi baucar POPULAR yang menawarkan penjimatan sehingga 20 peratus untuk buku dan 15 peratus peralatan menulis, manakala pemenang menerima hadiah bernilai RM40 setiap orang dan ia boleh ditebus di kedai buku POPULAR di Mid Valley saja.

Pemenang pertama akan menerima hamper Faber-castell RM400, tempat kedua hamper Faber-castell RM300, tempat ketiga hamper Faber-castell RM200 dan 10 hadiah sagu hati menerima hamper Faber-castell RM100 berserta sijil dan trofi.

Orang ramai yang ingin menyertai pertanding­an boleh mendapatka­n borang pendaftara­n di POPULAR Mid Valley, aras dua (South Court) dengan yuran pendaftara­n RM5 dikenakan.

Untuk pendaftara­n alternatif, boleh mendaftar secara dalam talian di http://bit.ly/ccmvc19. Sila bawa resit asal ketika hari pertanding­an dan peserta hanya dibenarkan untuk menggunaka­n pensel warna Faber-castell saja.

Maklumat lanjut boleh layari www.popular.com.my atau Facebook POPULAR atau muat turun aplikasi POPULAR MY.

Dapatkan borang pendaftara­n di POPULAR Mid Valley atau mendaftar secara dalam talian http://bit.ly/ccmvc19.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia