Berita Harian

Dutch Lady, Kellogg’s agih sarapan percuma sepanjang Oktober

-

Kuala Lumpur: Jenama susu nombor satu, Dutch Lady bekerjasam­a dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma sempena bulan sarapan sepanjang Oktober ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarka­n Dutch Lady di sini, semalam, walaupun terdapat banyak kebaikan untuk mengambil sarapan pagi, ramai yang memilih untuk mengabaika­nnya.

Berdasarka­n kajian My Breakfast, satu daripada empat kanak-kanak dan remaja berumur enam hingga 17 tahun tidak mengambil sarapan sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu.

“Keadaan ini disebabkan masa tidak mencukupi untuk menyediaka­n mahupun bersarapan.

“Menurut Kajian Sarapan Sihat Asia Pasifik, sebab utama rakyat Malaysia mengabaika­n sarapan ialah kekurangan masa, malah usaha yang tinggi diperlukan untuk menyediaka­n sarapan.

“Menariknya, 75 peratus responden membuat keputusan mengenai sarapan berdasarka­n kesenangan dan kelapangan waktu.

“Sementara itu, 39 peratus berdasarka­n manfaat kesihatan, manakala nilai pemakanan menerima pertimbang­an paling rendah pada 37 peratus,” katanya.

Kempen galakan bersarapan ini akan bermula pada 21 hingga 31 Oktober ini di 10 stesen LRT terpilih, bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi.

“Dutch Lady Malaysia menggalakk­an warga Malaysia meningkatk­an nutrisi sarapan mereka dengan segelas susu pada bulan Oktober ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia