Berita Harian

Zarina didenda RM17,500 jual kosmetik tiada bernotifik­asi

-

Petaling Jaya: Pelakon Zarina Zainuddin didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifik­asi, Januari lalu.

Majistret M Bharat menjatuhi hukuman itu selepas Zarina mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Zarina, 48, sebagai pengarah Syarikat Addura Marketing Sdn Bhd didakwa menjual satu set kosmetik mengandung­i sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram) dan satu bekas Addura Night Cream (tujuh mililiter).

Bagi pertuduhan kedua, ibu kepada empat anak itu didakwa memiliki tiga set bahan yang sama.

Pertuduhan ketiga hingga keenam pula, dia didakwa atas pertuduhan memiliki kosmetik yang tidak bernotifik­asi, masing-masing 68 kotak Addura Black Soap, 279 bekas Addura Day Cream, 89 bekas Addura Day Cream (tujuh gram) dan 205 bekas Addura Day Cream (10 mililiter).

Zarina didakwa melakukan semua kesalahan itu di Addura Marketing di Subang Jaya pada jam 11.45 pagi, 9 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan yang sama, yang boleh didenda maksimum RM50,000 bagi kesalahan pertama atau maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua.

Pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa dari Cawangan Penguatkua­saan Farmasi Selangor, Ong Sally manakala Zarina tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia