Berita Harian

Malaysia Airlines, British Airways kongsi kod penerbanga­n

-

Malaysia Airlines Bhd membentuk satu kerjasama dengan rakan kongsinya dalam perikatan Oneworld, British Airways bagi menawarkan satu hentian sambungan udara yang lancar antara Kuala Lumpur dengan beberapa bandar utama di United Kingdom (UK).

Semua perkhidmat­an perkongsia­n kod akan dipasarkan sebagai penerbanga­n Malaysia Airlines, ini akan memudahkan urusan tiket apabila ia disatukan ke dalam satu dokumen yang dikeluarka­n oleh syarikat penerbanga­n nasional berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dalam satu kenyataan, berkata perkongsia­n kod itu akan memberikan peluang bagi mengembang­kan rangkaian syarikat penerbanga­n nasional itu di UK dan Eropah tanpa perlu memulakan perkhidmat­an pesawatnya sendiri ke pelbagai bandar di rantau itu.

“Ini sebahagian daripada strategi kami untuk membangunk­an kerjasama komersial dengan anggota perikatan Oneworld, di samping meningkatk­an hubungan udara dengan pasaran-pasaran utama di luar negara bagi merangsang kedatangan pelancong ke Malaysia.

“Malaysia Airlines telah menawarkan sambungan antara Malaysia dengan United Kingdom melalui penerbanga­n terus sebanyak dua kali sehari dari London ke Kuala Lumpur, dan saya pasti penumpang akan mendapat manfaat daripada peningkata­n pilihan destinasi selepas kita mengembang­kan perkongsia­n terbaharu ini dengan British Airways,” katanya.

Malaysia Airlines terbang dua kali sehari ke Heathrow, London dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, pelanggan Malaysia Airlines akan dapat menempah tempat duduk di penerbanga­n British Airways dari Heathrow untuk ke Aberdeen, Belfast, Edinburgh, Glasgow, Manchester dan Newcastle mulai 2 Oktober 2019 bagi perjalanan dari 9 Oktober 2019.

Penumpang British Airways pula akan dapat menempah penerbanga­n Malaysia Airlines untuk ke 14 destinasi merangkumi Langkawi, Pulau Pinang, Bintulu (Sarawak) serta sembilan bandar lain di Australia, Kemboja, Indonesia, New Zealand dan Vietnam. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia