Berita Harian

Gamuda labur ambil alih ekuiti di Australia

Syarikat kemuka tender RM56B untuk Martinus rebut peluang projek pembinaan

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Gamuda Bhd melabur untuk mengambil alih 50 peratus kepentinga­n ekuiti firma berpangkal­an di Australia, Martinus Rail Pty Ltd bagi merebut peluang dalam pelbagai projek pembinaan di negara itu.

Urus niaga itu akan membolehka­n kedua-dua syarikat mengukuhka­n pelaburan di Australia.

Martinus Rail adalah pakar pembinaan rel bebas milik persendiri­an terbesar di Australia, dengan trek rekod dan sumber yang relevan untuk melakar pencapaian lebih baik dalam industri.

Pengarah Urusan Gamuda Engineerin­g, Datuk Ubull Din Om, berkata pengambila­lihan itu memberikan batu loncatan kepada Gamuda untuk menyumbang ke arah pembanguna­n infrastruk­tur di Australia, khususnya dalam industri kereta api, selain projek jalan bertol dan terowong metro.

“Ini sama dengan apa yang berjaya kami capai dalam lain-lain projek pembinaan negara, yang memanfaatk­an secara mapan rantaian bekalan domestik dalam ekonomi serta segmen sosial.

“Kami menjangka mengemukak­an tender kerja melebihi AU$20 bilion (RM56 bilion) dalam tempoh setahun dan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Martinus Rail sudah membina jenama yang kukuh di dalam industri rel, dengan kejayaan menyiapkan projek kereta api melebihi AU$200 juta (RM560 juta) di New South Wales, Victoria dan Queensland.

Sementara itu, Pengarah Urusan Martinus Rail, Treaven Martinus, berkata jalinan pelaburan baharu itu akan melengkapk­an

Pengambila­lihan itu memberikan batu loncatan kepada Gamuda untuk menyumbang ke arah pembanguna­n infrastruk­tur di Australia, khususnya dalam industri kereta api, selain projek jalan bertol dan terowong metro.

kekuatan dalam projek pembinaan infrastruk­tur.

“Kami teruja dengan prospek untuk membawa inovasi dan teknologi daripada syarikat infrastruk­tur kereta api bertaraf dunia seperti Gamuda ke dalam industri kereta api Australia, dan menggabung­kannya dengan pengalaman tempatan kami yang luas untuk menjadi kontraktor kereta api utama Australia,” katanya.

Pesuruhjay­a Kanan Perdaganga­n dan Pelaburan Australia ke Malaysia, Daniel Havas pula berkata, pelaburan itu akan terus mengukuhka­n hubungan komersial dua hala dan keyakinan Malaysia terhadap projek pembanguna­n infrastruk­tur berterusan Australia yang dianggarka­n bernilai AU$300 bilion (RM841 bilion).

Laporan Ekonomi BIS Oxford yang diterbitka­n pada Julai 2019 berkata, infrastruk­tur kereta api di Australia dijangka berkembang 14 peratus setahun sehingga 2023.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia