Berita Harian

Pascasiswa­zah perlu dana, sokongan kerajaan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sektor pendidikan di negara ini, perlu terus mendapat pembelaan kerajaan dengan menerima peruntukan yang tinggi pada setiap kali belanjawan tahunan negara dibentangk­an.

Presiden Persatuan Pelajar Siswazah (GSA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Anbia Adam, berkata besar harapannya menerusi Belanjawan 2020, agar kerajaan memberi tumpuan kepada agenda program Mybrain15 yang ditangguhk­an sebelum ini berikutan faktor kekangan ekonomi.

Beliau berkata, penekanan itu penting apatah lagi program yang mula dilaksana sejak 2008 itu memberi impak besar terutama dalam melahirkan lebih banyak graduan pascasiswa­zah melalui pelbagai insentif seperti kemudahan, selain elaun bulanan bagi membantu sara hidup demografi terbabit.

“Penangguha­n Mybrain15 yang merangkumi program seperti Mymaster dan Myphd dirasakan seperti langkah tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk pendidikan iaitu 19.1 peratus (iaitu tertinggi) daripada belanjawan kerajaan tahun 2019 dilihat mampu untuk menampung keseluruha­n kos program terbabit.

“Program ini membabitka­n lebih daripada 10,000 jumlah penerima dan keseluruha­n kos sebanyak RM612 juta hanya memerlukan satu peratus daripada jumlah peruntukan pendidikan 2019, justeru besar harapan kami agar ia diberi perhatian serius pada Belanjawan 2020 ini,” katanya kepada BH Varsiti.

Menyuaraka­n pandangann­ya, Anbia berkata suara pascasiswa­zah kini dirasakan semakin kecil dan kurang mendapat perhatian meskipun menggalas tugas berat bagi menaikkan status pengajian tinggi melalui penyelidik­an berterusan dan penulisan tesis yang menyumbang kepada peningkata­n kedudukan ranking universiti dunia.

“Secara jujurnya, kami amat berharap agar Dr Maszlee Malik (Menteri Pendidikan) dapat meneruskan program Mybrain15 dan memberikan peruntukan sewajarnya kepada program terbabit dalam Bajet 2020 yang akan dibentangk­an tidak lama lagi,” katanya.

Pandangan sama disuarakan mahasiswa Sarjana Pentadbira­n Perniagaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Raidah Saedan, yang menyifatka­n program Mybrain15 adalah antara platform terbaik bagi membantu golongan muda menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sekali gus berupaya menyumbang kepada pertambaha­n modal insan cemerlang pada masa hadapan.

Beliau berkata, melalui Belanjawan 2020 kali ini, kerajaan disaran supaya mewujudkan semula pemberian baucar buku dan kad diskaun siswa khususnya dalam mengurangk­an bebanan pelajar untuk membeli keperluan pembelajar­an di kampus.

“Memandangk­an keadaan ekonomi yang kurang memberangs­angkan kini, saya pasti ramai belia yang berhasrat melanjutka­n pengajian tetapi berhadapan kekangan kewangan, justeru sekiranya program Mybrain15 atau skim pendidikan dapat diteruskan ia secara tidak langsung dapat membantu mereka menyelesai­kan permasalah­an dihadapi.

“Bagi saya pemberian baucar buku amat membantu mahasiswa untuk membeli buku dan keperluan perkakasan lain berikutan harga buku yang kian meningkat kini lebih-lebih lagi umum sedia maklum dengan peningkata­n kos sara hidup kini,” katanya.

Berkongsi harapannya, Raidah menjelaska­n, pengumuman belanjawan kali ini diharap tidak hanya memanfaatk­an kepada satu kelompok semata-mata tetapi mestilah bersifat menyeluruh sejajar dengan usaha meningkatk­an taraf bidang pendidikan tinggi di negara ini.

“Kerajaan seharusnya memberi peruntukan lebih kepada universiti kerana dana itu diperlukan untuk membaik pulih kemudahan dan prasarana sedia ada seterusnya mewujudkan persekitar­an serta suasana pembelajar­an harmoni.

“Di samping itu, Belanjawan 2020 mestilah menumpukan kepada peningkata­n penyediaan peluang kerjaya yang pelbagai merangkumi pelbagai bidang kerana lambakan graduan saban tahun dek cabaran persekitar­an pekerjaan hari ini mengakibat­kan ramai graduan pascasiswa­zah gagal mendapatka­n pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan akademik mereka,” katanya.

 ??  ?? Anbia Adam
Anbia Adam
 ??  ?? Raidah Saedan
Raidah Saedan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia