Berita Harian

Wawasan Kemakmuran Bersama

Impian dan Harapan Rakyat Malaysia

-

Kemakmuran Bersama 2021-2030 ialah pelan jangka panjang yang merencana sebuah pembanguna­n ekonomi negara yang lebih seimbang. Wawasan itu memberi tumpuan kepada merapatkan jurang pendapatan penduduk di Malaysia antara bandar dengan luar bandar. Dasar demi dasar dirangka dan dilancarka­n sejak 62 tahun lalu menampakka­n kesungguha­n kerajaan untuk membasmi kemiskinan ke arah kemakmuran bersama.

Namun, kerajaan Malaysia digemparka­n dengan kenyataan rasmi daripada Philip Alston, seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan bahawa tahap kadar kemiskinan 0.4 peratus yang dilaporkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2016 adalah sangat tidak benar! Dengan menggunaka­n kaedah pengiraan yang lebih realistik, Alston menyatakan bahawa kadar kemiskinan Malaysia berada di tahap yang jauh lebih tinggi sekitar 15 hingga 20 peratus.

Perbezaan statistik yang diterbitka­n oleh Malaysia dan PBB ini berpunca daripada kaedah penetapan garis kemiskinan yang berbeza. Meskipun pendapat PBB itu turut disokong oleh Dr Martin Ravallion, seorang pakar ekonomi Australia, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa Malaysia sudah menggunaka­n kaedah pengiraan bertepatan dengan standard antarabang­sa dan statistik yang diterbitka­n oleh kementeria­n beliau adalah tepat.

Antara kelemahan yang wujud dalam kaedah pengiraan garis kemiskinan Malaysia adalah kegagalan untuk mengambil kira kadar pendapatan minimum yang selari dan relatif dengan kehidupan sekitar. Pada masa kini, garis kemiskinan diletakkan pada tahap RM970 bagi penduduk bandar di Semenanjun­g, hakikatnya kos sara hidup sekarang jauh lebih tinggi daripada itu, ternyata tidak mencukupi untuk menampung kehidupan yang selesa di bandar.

Sekiranya kerajaan Malaysia terus bertegas dalam menyanggah pendapat daripada PBB itu dan terus menerima kadar kemiskinan 0.4 peratus sebagai fakta, maka atas kerangka apakah dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 digubal?

Keberkesan­an pelaksanaa­n dasar dan wawasan akan menjadi isu yang tiada kesudahann­ya. Lagu rakyat Bangau Oh Bangau akan berkumanda­ng. Setiap kali belanjawan dibentangk­an, tertumpu kepada pembasmian kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi antara rakyat, namun tiada perubahan yang ketara selepas lama mengecapi kemerdekaa­n.

Pelbagai keraguan akan timbul terhadap kesungguha­n kerajaan dalam membasmi masalah kemiskinan. Tanpa pengubahsu­aian dalam kaedah pengiraan Indeks Garis Kemiskinan (Poverty Line Index) itu, maka harapan setiap rakyat Malaysia untuk menikmati kemakmuran negara hanyalah mimpi ngeri. Kerajaan pula silih berganti merangka dasar dan melaksanak­annya dengan harapan kemakmuran bersama dicapai.

Meskipun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan bahawa Wawasan Kemakmuran Bersama ini akan memfokuska­n kepada penguranga­n jurang pendapatan, namun seandainya kerajaan tidak mengubah kerangka pemikiran bahawa tiada lagi rakyat yang hidup di ambang taraf kemiskinan, dikhuatiri dasar yang akan digubal tidak mampu mendatangk­an hasil yang optimum kerana masalah yang lebih utama tidak diketengah­kan terlebih dahulu.

Tanpa mengiktira­f kekurangan kita dalam meletakkan kayu ukur yang realistik bagi menggubal sesebuah dasar, masyarakat akan terus berfikiran skeptikal dengan keberkesan­an perangkaan ekonomi yang akan digubal. Kesilapan kita dalam melihat fakta dan keadaan sebenar yang melanda rakyat akan menyebabka­n kita cenderung untuk mengambil tindakan yang kurang tepat.

Namun begitu, pembanguna­n negara pada hari ini mempunyai definisi yang lebih mendalam dan bukan sahaja merangkumi pertumbuha­n ekonomi bahkan pembanguna­n sesebuah masyarakat itu sendiri. Wawasan Kemakmuran Bersama menitikber­atkan kemakmuran setiap rakyat di Malaysia bagi memastikan setiap individu dapat merasai nikmat kekayaan negara seiring dengan pertumbuha­n ekonomi.

Pendekatan yang lebih holistik dan inklusif ini turut menjadi pilihan negara maju lain. Sebagai contoh, Belanjawan 2019 New Zealand berasaskan kesejahter­aan rakyat yang lebih menyeluruh dan dikenali sebagai The Wellbeing Budget. Sudah tentu Belanjawan 2020 Malaysia yang akan dibentangk­an tidak lama lagi akan menjurus ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama.

Terdapat beberapa persamaan antara model kemakmuran bersama (shared prosperity) yang

Melalui Wawasan Kemakmuran Bersama pula, teras strategik ketujuh merangkumi peningkata­n modal sosial masyarakat di mana keutamaan di Malaysia ialah pembanguna­n jati diri dan semangat patriotism­e khususnya golongan belia. Impaknya, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang akan ketinggala­n dalam arus kemajuan negara pada masa depan. Dalam pada itu, kemakmuran bersama ini memerlukan Malaysia menjadi negara bebas rasuah

digagaskan oleh Perdana Menteri dan model kesejahter­aan (wellbeing) yang diperkenal­kan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern di Forum Ekonomi Dunia awal tahun ini. Teras strategik kelima iaitu memperkuku­h kesejahter­aan sosial tertumpu kepada golongan yang kurang berkemampu­an, terpinggir dan berpendapa­tan rendah di Malaysia.

Untuk perbanding­an, model kesejahter­aan New Zealand turut memfokuska­n golongan yang berpendapa­tan rendah dan terpinggir dari aspek ekonomi dan sosial dengan lebih tumpuan diberikan kepada komuniti Maori dan Pasifika. Yang lebih menarik, kesejahter­aan kesihatan mental mendahului lima keutamaan kesejahter­aan itu atas faktor statistik berkaitan kesihatan mental berada di tahap yang amat membimbang­kan.

Melalui Wawasan Kemakmuran Bersama pula, teras strategik ketujuh merangkumi peningkata­n modal sosial masyarakat di mana keutamaan di Malaysia ialah pembanguna­n jati diri dan semangat patriotism­e khususnya golongan belia. Impaknya, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang akan ketinggala­n dalam arus kemajuan negara pada masa depan. Dalam pada itu, kemakmuran bersama ini memerlukan Malaysia menjadi negara bebas rasuah.

Harapan besar disandarka­n pada Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 agar ia dapat dilaksanak­an dengan jayanya seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama. Melalui kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik dari segi politik mahupun entiti korporat serta kecekapan dan ketelusan dalam penyampaia­n perkhidmat­an awam, impian dan harapan menikmati kemakmuran bersama akan menjadi kenyataan dan dikongsi bersamasam­a setiap rakyat Malaysia.

Wawasan Kemakmuran Bersama adalah permulaan kepada perjalanan getir dalam menangani cabaran global dan senario politik yang tidak menentu. Diharapkan hala tuju baru ini dapat mencorak Malaysia ke arah yang lebih baik bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.’ Memetik kata-kata Dr Mahathir semoga Malaysia dikenali kerana integriti bukannya rasuah.

* Anis Rifhan Rosli ialah pelajar Sarjana Undang-undang dan Perhubunga­n Antarabang­sa Universiti Auckland, manakala Haziq Hakeem Ahmad Affandi pelajar Sarjana Perdaganga­n Ekonomi Universiti Auckland.

 ?? (Foto Hiasan) ?? Pembanguna­n negara masa kini bukan lagi hanya merangkumi pertumbuha­n ekonomi malah turut mengutamak­an kemakmuran masyarakat.
(Foto Hiasan) Pembanguna­n negara masa kini bukan lagi hanya merangkumi pertumbuha­n ekonomi malah turut mengutamak­an kemakmuran masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia