Berita Harian

MMU perkasakan STM lahirkan huffaz profesiona­l

-

Bukit Beruang: Universiti Multimedia (MMU) melalui Unit Agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran JAKIM bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor, barubaru ini.

Pertemuan itu adalah lanjutan daripada beberapa perbincang­an dalam usaha bersama-sama untuk memperkasa Program Sijil Tahfiz Malaysia (STM) pada peringkat universiti.

Penyelaras program, Ustaz Mohd Luthfi Bakar, berkata STM itu adalah satu daripada program nilai tambah yang wajib direbut oleh mereka yang menghafaz ataupun didedahkan dengan hafazan al-quran.

Beliau berkata, selain didedahkan dengan pembelajar­an akademik, pelajar memiliki ruang dan peluang untuk mengulang serta menghafaz al-quran sepanjang tempoh belajar di universiti.

Katanya, peringkat universiti sendiri turut menyediaka­n tenaga pengajar, tempat dan masa yang lebih fleksibel mengikut kesesuaian pelajar untuk mengikuti proses hafazan al-quran.

“Alhamdulil­lah, ketika ini seramai 10 pelajar MMU yang mengikuti program ini mendaftar pada pengambila­n pertama Julai 2019 lalu,” katanya.

Bakal huffaz yang melanjutka­n pengajian di MMU juga akan mengikuti program kuliah Tajwid, Tauhid dan Fiqh Ibadah yang pasti memberikan kelebihan buat para huffaz.

Ustaz Mohd Luthfi berkata, melalui program sebegini, setiap huffaz bakal menjadi pemimpin di tempat kerja, malah mereka juga selayaknya untuk ke hadapan bersama-sama masyarakat khususnya dalam program keagamaan seperti menjadi Imam dalam solat khususnya solat sunat Tarawih pada bulan Ramadan.

 ??  ?? Lawatan HEP MMU Melaka ke Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini bertujuan memperkasa­kan program STM di universiti itu.
Lawatan HEP MMU Melaka ke Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini bertujuan memperkasa­kan program STM di universiti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia