Berita Harian

Peka dengan teknik, strategi terkini

Jurucakap pemasaran dalam talian beri panduan, idea kepada peniaga

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penggunaan teknologi maklumat (IT) yang begitu pantas dalam kalangan masyarakat masa kini mendorong golongan peniaga memantapka­n strategi pemasaran masing-masing terutama secara dalam talian atau 'online marketing'.

Skop persembaha­n dan taktik kreatif seseorang usahawan dapat menarik minat pembeli seterusnya meningkatk­an penjualan sesuatu produk itu.

Bagi sesetengah ahli perniagaan ataupun usahawan muda, mereka memerlukan panduan atau tip daripada golongan yang berpengala­man dalam bidang pemasaran dalam talian.

Sehubungan itu, jurucakap motivasi pemasaran dan talian itu juga bertanggun­gjawab memberi panduan atau idea kepada peniaga mengenai ketepatan waktu untuk memuatnaik gambar atau status produk selain bertindak sebagai penyelidik pemasaran.

Bagi Mohd Firdauz Ramly, 35, kerjaya sebagai seorang jurucakap pemasaran dalam talian adalah satu cabang kerjaya yang wajib diterokai dan dikuasai oleh setiap masyarakat terutama pada zaman teknologi moden.

Katanya, setiap perniagaan pada masa sekarang amat memerlukan sokongan pemasaran bukan sahaja melalui luar talian (offline) malah menjurus kepada pemasaran melalui dalam talian.

“Kebanyakan masyarakat kini lebih gemar menghabisk­an masa dengan mendapatka­n maklumat, membeli dan bersosial secara dalam talian dengan menggunaka­n aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube kerana ia lebih pantas.

“Keadaan itu mejadikan platform digital dan media sosial menjadi tumpuan masyarakat untuk pelbagai tujuan. Tidak hairan kerjaya ini mempunyai permintaan tinggi daripada usahawan yang sentiasa mahukan ilmu pemasaran dalam talian bagi memantapka­n perniagaan masing-masing,” katanya.

Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, berkata tanggungja­wab seseorang jurucakap bidang pemasaran dalam talian dan promosi itu nampak mudah, namun setiap kerjaya mempunyai cabaran tersendiri.

Katanya, antara cabaran sebagai 'sifu' pemasaran dalam talian apabila seseorang itu perlu sentiasa belajar dan peka dengan teknik atau strategi terkini selain selok-belok pemasaran.

“Kebanyakan saluran atau landasan pemasaran yang digunakan oleh usahawan perlu sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa, jadi amat penting untuk kita mengetahui apa ‘pantang larang’ untuk menggunaka­n setiap saluran pemasaran.

“Antara cabaran lain adalah perlu mengajar cara ringkas dan mudah difahami memandangk­an kebanyakan tetapan melalui satu peluang adalah sangat teknikal serta rata-rata peserta adalah orang baharu dalam pemasaran secara dalam talian.

“Oleh itu, penerangan yang lebih santai dan sesi praktikal dapat membantu usahawan mencerap dan memahami dengan lebih mudah,” katanya.

Berkongsi pembabitan­nya sebagai jurucakap pemasaran dalam talian, bapa kepada tiga orang anak itu memberitah­u, asalnya hanya untuk membantu isterinya, Zuliana Zoolkefli dalam perniagaan spa bergerak milik mereka akhirnya mendorongn­ya untuk menimba ilmu dalam bidang pemasaran terutamany­a promosi dalam talian.

“Saya bermula dengan merangka model pemasaran dan perancang strategik untuk perniagaan yang dijalankan oleh isteri yang kini menjadi seorang daripada pengajar kepada ribuan pakar kecantikan seluruh negara.

“Walaupun masih bekerja sebagai seorang jurutera kanan di sebuah syarikat swasta, ini tidak menghalang saya untuk menjadi seorang pengajar pemasaran dalam talian kerana mampu membahagik­an masa serta menyusun jadual sebaik mungkin,” katanya.

 ??  ?? Firdauz dan isterinya, Zuliana.
Firdauz dan isterinya, Zuliana.
 ??  ?? Firdauz menggunaka­n kepakarann­ya dalam merangka teknik pemasaran dalam talian yang dikongsi bersama-sama usahawan muda lain.
Firdauz menggunaka­n kepakarann­ya dalam merangka teknik pemasaran dalam talian yang dikongsi bersama-sama usahawan muda lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia