Berita Harian

Program Ulul Albab serentak di 3 negara

-

Kualalumpu­r: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan sumbangan bakti kepada masyarakat di dalam dan luar negara melalui penganjura­n program Sangkutan Sahabat Ulul Albab Peringkat Ketiga (P3), Kohort Ketiga (P3K3) yang berjalan serentak di tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia, baru-baru ini.

Program selama enam hari itu diadakan di Universiti Fatoni dan Madrasah Diniyah A'liyah, Yala, Thailand; Universiti Syeikh Kuala, Aceh, Indonesia dan Maahad Tahfiz Annajihah, Negeri Sembilan, sebagai kesinambun­gan daripada program Ulul Albab Peringkat Pertama (P1) dan Kedua (P2), sebelum ini.

Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI, Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin, berkata P3 ialah program khas yang disertai sekumpulan pelajar cream of cream yang disaring daripada P2 bertujuan untuk memberikan kemahiran insaniah kepada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab sama ada dari segi kepimpinan atau aspek lain.

“Selain itu, mereka juga didedahkan dengan perkara baharu supaya lebih kreatif dan inovatif serta mampu bersaing pada peringkat global dan seimbang selari dengan konsep Quranik, Ensikloped­ik dan Ijtihadik.

“Melalui program ini juga, pelajar dapat merasai pengalaman baharu pelaksanaa­n Ulul Albab di luar negara, malah dapat mengaplika­sikan semua ilmu dan kemahiran diperoleh sebelum ini dengan melaksanak­an program kepada pelajar di kawasan berkenaan,” katanya.

Daripada 90 peserta Sahabat Ulul Albab yang menyertai P3 itu, seramai 54 peserta berbakti di Pattani, 20 pelajar ditempatka­n di Aceh manakala 16 lagi di Negeri Sembilan.

Antara pengisian program ialah Halaqah dan Tadabbur al-quran, aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dan Tadabbur Alam, kelas bahasa Arab dan Thailand, sukan memanah, qiamullail, wacana Ulul Albab, Soleh English, Brain Gym Challenge serta kelas Perkongsia­n Seni dan Budaya Aceh.

Wan Ahmad Zakry berkata, sebagai kesinambun­gan kepada program berkenaan, kumpulan khas pelajar yang mengikuti P3 itu akan dilantik menjadi ikon dan pemimpin Ulul Albab bagi menggerakk­an keseluruha­n Sahabat Ulul Albab pada peringkat universiti.

 ??  ??
 ??  ?? Pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian kepada program selama enam hari termasukla­h aktiviti CSR dan bacaan al-quran.
Pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian kepada program selama enam hari termasukla­h aktiviti CSR dan bacaan al-quran.
 ??  ?? Pelajar bergambar sempena penganjura­n program Sangkutan Sahabat Ulul Albab P3K3 yang diadakan di tiga negara, baru-baru ini.
Pelajar bergambar sempena penganjura­n program Sangkutan Sahabat Ulul Albab P3K3 yang diadakan di tiga negara, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia