Berita Harian

Warga UMP tawan puncak Kinabalu

-

Kuala Lumpur: Warga kerja Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terdiri daripada pelbagai fakulti melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu yang juga puncak tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 4,905.2 meter dari aras laut.

Pengarah Program Ekspedisi d‘puncak Kinabalu, Mohd Shahrul Azuar, berkata ekspedisi itu dirancang sejak awal tahun sebagai aktiviti gaya hidup sihat, menyahut cabaran menguji ketahanan mental dan fizikal, memupuk kerjasama berkumpula­n serta sebagai medium untuk membina keyakinan diri yang lebih utuh dan jitu.

Katanya, bagi menjayakan ekspedisi itu, pihaknya menjalani latihan fizikal dan mental serta membuat persediaan dengan melakukan latihan mendaki bagi meningkatk­an tahap kecergasan masing-masing.

“Semua peserta memulakan pendakian di pintu Timpohan Gate setelah selesai taklimat seawal jam 9 pagi dan mengharung­i pendakian yang mencabar di

laluan bertangga dan menegak sejauh lebih enam kilometer.

“Semua peserta berjaya sampai di Laban Rata (Base Camp) pada ketinggian 3,272 meter dari paras laut dan pendakian diteruskan lagi seawal jam 2.30 pagi hari berikutnya bagi meneruskan misi menawan puncak Kinabalu yang juga dikenali sebagai Low's

Peak,” katanya.

Seramai 20 peserta mengambil bahagian dalam ekspedisi kali ini yang turut memberi peluang kepada mereka untuk menikmati keindahan alam dan matahari terbit sepanjang pendakian.

Peserta ekspedisi, Dr Amir Abd Razak, berkata ia satu pencapaian membanggak­an apabila semua peserta berjaya tiba di Laban Rata dengan selamat walaupun berdepan pelbagai cabaran ketika hendak melakukan summit attack pada awal pagi pendakian ke puncak.

Pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejurutera­an Awam (FTKA), Prof Datuk Dr Zularisam Ab Wahid, berkata antara cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh semua peserta adalah mendaki dalam keadaan angin yang kuat dan cuaca sejuk dengan suhu boleh mencecah sehingga 3 Celcius.

“Kesukaran bernafas secara normal akibat kandungan oksigen di udara yang nipis juga menjadi cabaran utama yang perlu dihadapi oleh setiap peserta.

“Meskipun tidak semua peserta berjaya sampai ke puncak, kami tetap berbangga dengan komitmen dan pencapaian semua peserta yang menyertai ekspedisi dan menjayakan program mendaki Gunung Kinabalu kali ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Seramai 20 staf UMP menyertai program Ekspedisi d'puncak Kinabalu.
Seramai 20 staf UMP menyertai program Ekspedisi d'puncak Kinabalu.
 ??  ?? Prof Datuk Dr Zularisam Ab Wahid (berdiri enam dari kanan) bersamasam­a peserta Ekspedisi d'puncak Kinabalu sebelum memulakan pendakian.
Prof Datuk Dr Zularisam Ab Wahid (berdiri enam dari kanan) bersamasam­a peserta Ekspedisi d'puncak Kinabalu sebelum memulakan pendakian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia