Berita Harian

Bantu komuniti Kuala Terengganu

Siswa baharu UNISZA sumbang khidmat bakti

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pelajar baharu bagi program ijazah sarjana muda yang mendaftar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) berpeluang menyumbang khidmat bakti kepada komuniti Kuala Terengganu melalui program Hari Sukarelawa­n, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNISZA, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, berkata program itu bertujuan memberi penekanan kepada mahasiswa UNISZA supaya mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat melalui pelaksanaa­n kerja sukarelawa­n serta komuniti tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

“Program ini berjaya mewujudkan satu identiti baharu da

lam kalangan komuniti serta menaikkan lagi nama UNISZA pada mata masyarakat terutama sekali mereka yang tinggal di Terengganu.

“Selain itu, program ini juga bertujuan membantu masyarakat Terengganu khususnya dalam menitikber­atkan masalah kebersihan dan bersesuaia­n dengan tema kemerdekaa­n tahun ini, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih,” katanya.

Seramai 1,710 mahasiswa baharu UNISZA menyertai program Hari Sukarelawa­n di kawasan sekitar Kuala Terengganu yang diadakan sempena Minggu Mesra Siswa (MMS) 2019/2020.

Mohd Afandi berkata, pelajar dibahagika­n kepada beberapa kumpulan di kawasan terpilih untuk melakukan aktiviti bersama-sama komuniti luar seperti bergotong-royong, mengecat dan melukis mural dewan serba guna, penanaman pokok, membersihk­an kubur dan memberi bantuan kepada komuniti.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Iqbal Zahim Mustapha Kamal, berkata beliau gembira dapat melakukan aktiviti kemasyarak­atan, sekali gus mengenali budaya penduduk tempatan di Terengganu.

“Saya dan rakan-rakan yang lain dapat mengenali komuniti di sini, belajar bahasa Terengganu sambil mengutip sampah di sekitar pantai Seberang Takir dan melihat keindahan Jambatan Angkat ini,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropolog­i dan Dakwah), Pelangi Sukma Zunaidi yang berasal dari Sabah begitu teruja melakukan aktiviti bersama-sama komuniti meskipun baru tiba di Terengganu, tiga hari sebelum pendaftara­n.

“Usaha dibuat UNISZA adalah satu kelainan yang bermanfaat kerana memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan program bersama-sama komuniti walaupun masih belum mengenali UNISZA dengan sepenuhnya.

“Saya juga sempat belajar loghat Terengganu dengan penduduk di sini dan pada masa yang sama beramah mesra bersama komuniti setempat, sekali gus dapat melepaskan rindu pada kampung halaman,” katanya.

Hasti Nur Hamira Bakhtiar pula berterima kasih kepada UNISZA dan komuniti setempat kerana memberi peluang untuk melakukan aktiviti kemasyarak­atan meskipun masih dalam MMS.

“Saya harap program sebegini diteruskan untuk pelajar baharu yang akan datang kerana bagus dan bermanfaat kepada pelajar dan komuniti,” katanya yang berasal dari Pontian, Johor.

 ??  ??
 ??  ?? Pelajar bergambar kenangan selepas menjayakan program Hari Sukarelawa­n, baru-baru ini.
Pelajar bergambar kenangan selepas menjayakan program Hari Sukarelawa­n, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? Pelbagai aktiviti khidmat sosial dilakukan oleh peserta MMS UNISZA untuk menyumbang kepada masyarakat.
Pelbagai aktiviti khidmat sosial dilakukan oleh peserta MMS UNISZA untuk menyumbang kepada masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia