Berita Harian

KPBKL antara pusat pengajian profesiona­l terbaik dunia

-

Kuala Lumpur: Kolej Profesiona­l Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) melakar kejayaan membanggak­an apabila terpilih menerima Pearson Centre Award (Silver) pada Majlis Pearson Outstandin­g Learner Awards Ceremony 2019 yang diadakan di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Di samping menghargai pencapaian cemerlang bagi penyampaia­n kurikulum LCCI dan merit kepada pensyarah terbabit, anugerah berkenaan diberikan berdasarka­n kepada pencapaian keseluruha­n pelajar dalam peperiksaa­n Pearson LCCI sepanjang tahun 2018.

Lebih manis, kejayaan institut pengajian tinggi swasta milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) itu diterjemah­kan apabila seorang pelajar Program Profesiona­l United Kingdom (LCCI), KPBKL, Zunaidah Nafiin berjaya meraih dua anugerah iaitu Country Gold Award dan World Silver Award bagi Pearson LCCI Level 3 Certificat­e in Advanced Business Calculatio­ns.

Pada masa sama, anugerah itu adalah pengiktira­fan kepada KPBKL sebagai antara pusat pengajian profesiona­l terbaik di dunia.

Rektor KPBKL, Prof Datuk Dr Noor Inayah Ya'akub, berkata beliau bersyukur atas pengiktira­fan diterima dan berharap agar organisasi pendidikan itu terus melakar kecemerlan­gan pada masa hadapan, di samping mampu melahirkan lebih ramai pakar profesiona­l dalam kalangan asnaf.

Majlis penyampaia­n anugerah berkenaan diberikan kepada pelajar yang memperoleh markah tertinggi (High Achiever) dalam subjek yang diambil sama ada pada peringkat Malaysia atau dunia.

Pearson LCCI ialah badan peperiksaa­n antarabang­sa bagi bidang perakaunan dan perniagaan, yang menawarkan khidmat peperiksaa­n serta pensijilan bertaraf antarabang­sa di lebih 100 buah negara.

KPBKL MAIWP ditubuhkan pada 23 April 1992 yang bermatlama­t untuk melahirkan profesiona­l muslim yang mampu meningkatk­an taraf ekonomi umat Islam.

 ??  ?? Zunaidah (tiga dari kanan) penerima Anugerah Country Gold Award dan World Silver Award bersama Prof Noor Inayah ( dua dari kanan) dan barisan akademia KPBKL serta wakil daripada Pearson Asia.
Zunaidah (tiga dari kanan) penerima Anugerah Country Gold Award dan World Silver Award bersama Prof Noor Inayah ( dua dari kanan) dan barisan akademia KPBKL serta wakil daripada Pearson Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia