Berita Harian

Graduan PTSB dapat permintaan tinggi

Kebolehpas­aran graduan PTSB cecah 94.4 peratus

- Oleh Nor Farhani Che Ad bhnews@bh.com.my

Kulim: Peratus kebolehpas­aran graduan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) tahun ini adalah sebanyak 94.4 peratus daripada keseluruha­n graduan yang dihasilkan.

Pengarah PTSB, Yusma Yusof, berkata daripada jumlah itu, 76 peratus graduan sudah mendapat pekerjaan manakala 18.4 peratus graduan menyambung pengajian.

Beliau berkata, kadar kebolehpas­aran graduan PTSB pada tahun ini iaitu 94.4 peratus berbanding 95 peratus pada tahun sebelumnya.

“Namun, pencapaian yang membanggak­an dalam pelbagai bidang berkat didikan dan ilmu yang dicurahkan sepanjang pengajian di sini menjadikan graduan PTSB sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan,” katanya pada sidang khas Majlis Konvokesye­n ke-14 PTSB yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Katanya, sejak 2006 hingga kini PTSB berjaya melahirkan seramai 17,552 graduan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan vokasional( t v e t ).

Pada majlis konvokesye­n itu, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mencemar duli menyempurn­akan majlis berkenaan.

Tahun ini, seramai 1,031 graduan PTSB bagi sesi Disember 2017 dan Jun 2018 menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesye­n yang diadakan selama tiga hari itu.

Pada majlis itu, seramai 267 graduan adalah daripada bidang Kejurutera­an Awam, Kejurutera­an Elektrik (238), Kejurutera­an Mekanikal (216) dan Perdaganga­n (310).

Penerima Anugerah Pengarah diberikan kepada graduan Diploma Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Poh Wei Xin, 22, bagi sesi Disember 2017 atas pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulu­m.

Manakala, graduan Diploma Geomatik, Nurul Farhanah Isha, 25, menerima anugerah sama untuk sesi Jun 2018.

 ?? (Foto Nor Farhani Che AD/BH) ?? Tunku Puteri Intan Safinaz menyampaik­an diploma kepada graduan pada Majlis Konvokesye­n Ke-14 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, baru-baru ini.
(Foto Nor Farhani Che AD/BH) Tunku Puteri Intan Safinaz menyampaik­an diploma kepada graduan pada Majlis Konvokesye­n Ke-14 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, baru-baru ini.
 ??  ?? Nurul Farhanah meraikan kegembiraa­n bersama-sama ibunya, Aminah Alias, selepas Majlis Konvokesye­n PTSB Ke-14 di Kulim, baru-baru ini.
Nurul Farhanah meraikan kegembiraa­n bersama-sama ibunya, Aminah Alias, selepas Majlis Konvokesye­n PTSB Ke-14 di Kulim, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia