Berita Harian

Bangkit daripada kegagalan

Arif mahu perluaskan perniagaan dalam sektor pertanian

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Serdang: Pernah mengalami kerugian kira-kira RM1,000 pada awal pembabitan­nya dalam bidang penternaka­n lebah kelulut tidak mematahkan semangat Mohammad Arif Ramly, 21, untuk terus memperluas­kan perniagaan itu.

Pelajar jurusan Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mengakui, kerugian yang dihadapiny­a membakar semangat untuk bangkit bukan berputus asa dan berhenti separuh jalan.

“Mungkin bagi orang lain, kerugian RM1,000 itu sedikit berbanding kerugian mereka hadapi tetapi sebagai pelajar jumlah itu cukup besar pada saya.

“Apatah lagi, duit itu adalah antara modal saya kumpul daripada duit perbelanja­an dan elaun tajaan pembelajar­an saya selama ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Kebolehpas­aran Graduan (CEM) UPM, baru-baru ini.

Bangkit daripada kegagalan, Mohammad Arif atau mesra dengan panggilan Arif mempelajar­i kesilapann­ya dalam segala aspek dan menebusnya dengan ilmu yang dituntut daripada pelbagai pihak.

“Saya akui kekurangan ilmu dalam bidang menternak lebah kelulut ketika itu memberi impak negatif dalam perniagaan saya. Belajar daripada kesilapan saya bangkit dengan mempelajar­i ilmu itu dengan senior, pensyarah dan juga mereka yang arif dalam bidang itu di luar kampus.

“Dengan ilmu yang saya pelajari selama ini, alhamdulil­lah saya kini berjaya mempunyai ladang penternaka­n madu kelulut dan mampu menghasilk­an pelbagai jenis madu asli yang sedia dijual,” katanya yang menjual madu asli lebah kelulut serendah RM38 sehingga RM98.

Anak kelahiran negeri Jelapang Padi itu turut memberitah­u, pembabitan­nya dalam jurusan Sains Pertanian itu juga terdorong daripada satu perkongsia­n yang didengari bersama-sama ibu tersayang ketika berada di Tingkatan Empat.

“Sewaktu bersekolah dulu, saya seorang yang suka berniaga. Pelbagai barang pernah saya jual, antaranya sate dan dadih.

“Sehingga satu hari saya sedang leka mendengar perkongsia­n di radio yang mana tetamu jemputanny­a memberitah­u akan keuntungan besar menjalanka­n perniagaan membabitka­n pertanian dan penternaka­n antaranya pokok pisang.

“Daripada situ, saya berazam dan terus memberitah­u ibu bahawa satu hari nanti saya akan menjalanka­n perniagaan asas tani atau penternaka­n. Apa yang saya mahukan juga adalah dengan perniagaan ini dapat terus membantu mereka yang memerlukan seperti peluang pekerjaan,” katanya.

Mendapat sokongan padu ahli keluarga, Arif berharap dapat mengembang­kan perusahaan­nya pada peringkat global.

“Saya juga berharap dapat memperluas­kan perniagaan ini dan tidak hanya tertumpu pada produk madu tapi menjadi syarikat sektor pertanian yang terkemuka dengan penghasila­n produk lain serta menjadi contoh kepada usahawan tani lain.

“Walaupun berdepan dengan kekangan masa sebagai pelajar, jawatan yang dipegang sebagai Presiden Permatani UPM dan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Kolej 12 dan usahawan, saya sentiasa memastikan akademik mencapai sasaran cemerlang setiap tahun.

“Saya bersyukur kerana turut mendapat sokongan padu daripada CEM UPM yang bukan sahaja memantau kegiatan perniagaan malah memastikan akademik kami berada di tahap yang terbaik,” katanya.

 ?? (Foto Zulfadli Zulkifli /BH) ?? Arif menjalanka­n perniagaan madu kelulut sejak tahun pertama bergelar pelajar Asasi Sains Pertanian di UPM.
(Foto Zulfadli Zulkifli /BH) Arif menjalanka­n perniagaan madu kelulut sejak tahun pertama bergelar pelajar Asasi Sains Pertanian di UPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia