Berita Harian

Bidang kulinari buka peluang jadi usahawan

-

Tawau: Program Sijil Kulinari Kolej Komuniti Tawau bukan sahaja menyediaka­n pembelajar­an teori dan amali mengenai industri itu sebaliknya menggalakk­an budaya keusahawan­an dalam kalangan pelajarnya melalui penjualan roti yang dihasilkan.

Pensyarah kursus Pastri dan Bakeri 2, Noraizah Mhd Sarbon, berkata ketika ini seramai 17 pelajar Sijil Kulinari 2 (SKU 2) yang sedang mengikuti kursus pastri dan bakeri sepanjang sesi pengajian mulai Jun 2019.

Beliau berkata, kumpulan pelajar itu didedahkan dengan pengetahua­n dan kemahiran secara teori serta amali mengenai pembuatan yeast product atau aneka roti quick bread seperti muffin, scone, brownies, waffle, apam balik dan kaya ball mengikut kaedah tertentu.

“Pada masa sama, kursus ini merangkumi persiapan awal sebelum membuat produk, teknik dan cara mengendali­kan mesin dengan betul.

“Kaedah pembuatan roti, pizza, dan pembuatan pencuci mulut akan diberi penekanan khusus supaya pelajar akan memahami proses sebenar kaedah terbabit,” katanya.

Noraizah berkata, selain melaksanak­an proses pengajaran dan pembelajar­an secara teori serta amali, produk yang dihasilkan itu dijual kepada orang awam atau pelajar di premis utama Kolej Komuniti Tawau yang terletak di Pusat Komersial Perdana Square, Tawau.

Katanya, pelbagai jenis roti yang dihasilkan pelajar SKU 2 ditempatka­n di ruang jualan Koperasi Kolej Komuniti Tawau Berhad pada hari Selasa dan Khamis bermula Julai lalu.

“Secara tidak langsung budaya keusahawan­an dapat diwujudkan secara holistik dalam ekosistem pendidikan di Kolej Komuniti Tawau.

“Tempoh dua tahun pengajian peringkat Sijil Kulinari akan dimanfaatk­an sepenuhnya agar pelajar dapat memenuhi keperluan industri dalam pasaran pekerjaan,” katanya.

 ??  ?? Pelatih SKU 2 Kolej Komuniti Tawau sedang menjalani pembelajar­an amali pembuatan roti yang juga dijual di tapak premis kolej itu di Tawau.
Pelatih SKU 2 Kolej Komuniti Tawau sedang menjalani pembelajar­an amali pembuatan roti yang juga dijual di tapak premis kolej itu di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia