Berita Harian

AIN bantu penyelidik­an di Tasik Chini

Jimatkan kos, elak bina menara kekal untuk pantau kualiti air di kawasan pedalaman

- Oleh Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bagi mengenal pasti masalah pencemaran dan memantau kualiti air di Tasik Chini, Pekan, Pahang, sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghasilk­an penyelidik­an komunikasi tanpa wayar menggunaka­n belon dikenali dengan nama Airborne Internet of Things (IOT) Network (AIN).

Produk penyelidik­an itu juga dihasilkan selepas mengambil kira keperluan Orang Asli di kawasan sekitar yang menggunaka­n air dari tasik berkenaan untuk kegunaan harian dan kekangan kos yang membabitka­n ribuan ringgit sekiranya pemantauan dibuat menggunaka­n menara kekal di kawasan yang dikeliling­i hutan hujan khatulisti­wa seperti di Tasik Chini.

Inovasi AIN yang diketengah­kan oleh Pusat Kejurutera­an Elektronik dan Telekomuni­kasi Terkehadap­an (PAKET), Fakulti Kejurutera­an dan Alam Bina UKM dengan kerjasama National Informatio­n and Communicat­ion Technology (NICT), Jepun dan MIMOS Berhad itu menggunaka­n konsep kawalan platform tanpa wayar mesin-kepada-mesin (M2M).

Ketua Penyelidik, Prof Madya Ir Dr Rosdiadee Nordin, berkata projek berkenaan yang memfokuska­n kepada penggunaan IOT membabitka­n platform altitud tinggi menggunaka­n belon, rangkaian tanpa wayar M2M, teknologi sensor dan pengaktifa­n analisis data raya.

Katanya, projek AIN yang dijalankan di bawah dana Geran Universiti Penyelidik­an (GUP) UKM bernilai RM80,000 itu akan memantau kualiti air di kawasan pedalaman membabitka­n pelbagai aspek seperti ph, suhu, tekanan air dan kedalaman.

“Melalui penyelidik­an ini, NICT berperanan membangunk­an rangkaian sensor yang dikenali dengan nama WISUN (Wireless Smart Utility Network) dan Lora (Long Range) manakala MIMOS pula membangunk­an pelayan awan (cloud server) untuk memproses maklumat kualiti air yang diperoleh itu.

“Produk inovasi AIN ini terlebih dulu diuji keberkesan­annya di Tasik Kejurutera­an UKM dan akan dipindahka­n ke Tasik Chini pada tahun depan selepas segala integrasi dan pengesahan selesai dilakukan,” katanya.

Projek penyelidik­an AIN itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk sekitar Tasik Chini dengan menyediaka­n maklumat mengenai kualiti air dan dalam masa yang sama memelihara ekosistem serta biodiversi­ti kepelbagai­an spesies yang bergantung kepada tasik berkenaan sebagai habitat dan rangkaian makanan.

Selain itu, parameter kualiti air yang diperoleh itu juga akan digunakan sebagai sebahagian daripada dokumentas­i untuk memelihara status pengiktira­fan UNESCO di Tasik Chini serta menyokong Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) iaitu SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi) dan SDG 14 (Kehidupan Dalam Air).

Rosdiadee berkata, AIN mempunyai kelebihan iaitu lebih fleksibel dan membabitka­n kos yang murah berbanding pemantauan secara manual oleh saintis yang membabitka­n pengurusan kos sumber manusia dan operasi serta pembinaan menara kawalan kekal yang menelan belanja ribuan ringgit.

 ??  ?? Prof Madya Ir Dr Rosdiadee Nordin
Prof Madya Ir Dr Rosdiadee Nordin
 ??  ?? Prof Madya Ir Dr Rosdiadee (dua dari kiri) bergambar dengan belon AIN ketika sidang media, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Prof Madya Ir Dr Rosdiadee (dua dari kiri) bergambar dengan belon AIN ketika sidang media, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia