Berita Harian

UMK raih 8 pingat emas di PECIPTA 19

-

Kuala Lumpur: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus mengunggul­i bidang penyelidik­an dan inovasi pada peringkat antarabang­sa selepas meraih lapan pingat emas, lima perak, dua gangsa serta satu anugerah khas pada Persidanga­n dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabang­sa (PECIPTA 19), baru-baru ini.

Anugerah Khas The Pitch Winner daripada Malaysian Business Angel Network (MBAN) dimenangi oleh Prof Madya Dr Palsan Sannasi Abdullah yang turut merangkul dua pingat emas melalui produk inovasi yang dihasilkan.

Palsan berkata, beliau tidak menjangka akan terpilih sebagai penerima anugerah khas dan meraih pingat emas kerana persaingan yang diterima daripada peserta lain sangat sengit.

“Saya bertanding untuk dua kategori iaitu pertanian dan akuakultur (AA) yang mengetenga­hkan produk Biochar Enriched Organic Planting Mix serta kesihatan, perubatan, farmaseuti­kal, makanan dan makanan tambahan (HMPFS) melalui Activbioca­rbon Enriched Personal Care Product.

“Program sebegini memberi peluang kepada penyelidik untuk mengetenga­hkan produk penyelidik­an masing-masing dan bagi konteks saya, penyelidik­an berkaitan teknologi bahan aktif tempatan berasaskan arang dapat dihebahkan pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

PECIPTA'19 yang berlangsun­g selama dua hari di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), mempamerka­n 411 produk penyelidik­an dan inovasi dari universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi awam dan swasta, industri, agensi kerajaan dan swasta.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly; Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMK, Prof Dr Arham Abdullah dan Pengarah Pusat Pengu rusan dan Penyelidik­an (RMIC) UMK, Prof Ir Dr Ahmad Ziad Sulaiman.

Sementara itu, Prof Ahmad Ziad berkata, kejayaan itu adalah pencapaian terbaik kumpulan penyelidik UMK sepanjang penyertaan di PECIPTA.

Katanya, pada PECIPTA 2017, UMK hanya berjaya meraih tiga pingat emas, satu perak dan empat gangsa menerusi lapan produk yang dipertandi­ngkan.

“Kali ini, UMK mencipta kejayaan cemerlang dengan meraih 15 pingat semuanya melalui 15 produk inovasi yang dihasilkan.

“Persediaan awal adalah antara penyumbang utama kejayaan kali ini yang mana pihak RMIC me-ngambil pendekatan dengan menilai terlebih dulu setiap produk inovasi yang akan dipertandi­ngkan pada peringkat awal saringan,” katanya.

 ??  ?? Kumpulan penyelidik UMK berjaya meraih 15 pingat pada PECIPTA'19 yang diadakan di UTHM, baru-baru ini.
Kumpulan penyelidik UMK berjaya meraih 15 pingat pada PECIPTA'19 yang diadakan di UTHM, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia