Berita Harian

Nama Master jadi perhatian

Bangga gabungan dua budaya mengalir dalam dirinya

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com

Kuala Lumpur: Mengakui sering menjadi tumpuan gara-gara mempunyai nama unik membolehka­n Master Aiman Varanon Aisham cukup dikenali tidak kira di mana dia berada.

Katanya, sejak di bangku sekolah, namanya sering mendapat perhatian rakan, termasuk dipanggil guru untuk menjawab soalan sehinggala­h kini apabila bergelar seorang mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Nama unik ini biasanya akan menjadi bahan senda rakan sebaya tetapi saya tidak pernah menghirauk­annya, malah bangga dengan nama yang ibu bapa berikan.

“Saya sentiasa merasakan aura Master itu dengan setiap perkara saya lakukan perlu ada hala tuju dan matlamat,” katanya yang aktif dalam pelbagai kegiatan pelajar sejak di bangku sekolah rendah.

Menceritak­an mengenai latar belakang dirinya, Master Aiman yang mesra dengan panggilan Master dilahirkan di Phetchabur­i, Thailand ialah anak berdarah kacukan Thailand di sebelah ibu dan Malaysia di sebelah ayah.

Beliau yang mempunyai seorang adik lelaki mengakui fasih berbahasa Thailand dan Melayu, selain bahasa Inggeris.

“Saya sentiasa bangga menceritak­an kisah ini kepada mereka yang baharu mengenali saya. Ramai yang bertanyaka­n adakah saya rimas untuk menjawab soalan sama mengenai nama dan latar belakang.

“Saya hanya tersenyum dan tidak pernah penat untuk menceritak­an perkara ini berulang kali. Saya sentiasa berbangga dengan penyatuan dua budaya yang mengalir dalam diri saya,” katanya ketika ditemui pada progam CIMB Young ASEAN Leaders (CYAL) 2019, baru-baru ini.

Beliau yang menjadi seorang daripada 50 peserta CYAL 2019 berkata, program itu memberikan impak positif dalam dirinya terutama ilmu keusahawan­an memandangk­an dirinya kini menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pembanguna­n Keusahawan­an Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato' Onn sesi 2018/2019.

“Sebagai pelajar jurusan Perakaunan sudah tentu program anjuran sebuah bank antara yang terbesar di dunia ini menjadi impian saya,” katanya.

Selain daripada mengikuti aktiviti menarik sepanjang program lima hari itu, Master berkata, hubungan akrab yang terjalin dengan rakan-rakan ASEAN lain menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakann­ya.

“Kami berkongsi pendapat dan

harapan untuk generasi masa depan dengan menyuaraka­n pendapat dan bertanya kepada semua barisan tetamu jemputan sepanjang program berlangsun­g. Saya berharap suara anak muda seperti kami didengari.

“Terima kasih CIMB, CIMB Foundation dan UKM yang mengambil inisiatif menganjurk­an program seperti ini yang sangat berharga untuk masa depan generasi muda,” katanya.

Master ketika menyertai CYAL 2019

 ??  ?? di Menara CIMB, baru-baru ini.
di Menara CIMB, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia