Berita Harian

Gigih promosi program MPP UNIMAP

-

Arau: Mengakui minatnya dalam bidang komunikasi sejak kecil mendorong Muhamad Zikry Mohd Zulkaflee, 21, menyahut cabaran untuk menggalas tugas sebagai Exco Digital dan Publisiti, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Pelajar jurusan Komunikasi Media Baharu itu mengakui pada mulanya beliau risau untuk memikul tanggungja­wab selaku ‘orang kuat’ publisiti dan multimedia, namun minat dalam bidang komunikasi memudahkan­nya melakukan tugas berkenaan.

“Bukan mudah untuk menjawat jawatan ini, namun saya melihat dari sudut positif kerana sememangny­a saya diberikan tanggungja­wab kerana jurusan yang diikuti berkait rapat dengan tugas ini.

“Banyak perkara baharu yang saya pelajari setiap hari bukan sahaja di kuliah tetapi sepanjang mengikuti program anjuran MPP di kampus seperti menghasilk­an penulisan berita yang baik dengan bantuan Unit Komunikasi Korporat UNIMAP,”

katanya.

Anak jati Raub, Pahang itu berkata, dengan jawatan berkenaan, beliau diberi peluang oleh pihak universiti untuk menghubung­i sendiri pihak media bagi urusan jemputan ke program anjuran MPP.

“Peluang ini sangat berharga bagi saya memandangk­an kami masih pelajar universiti. Pengalaman itu banyak mengajar saya cara meningkatk­an keyakinan diri terutama dalam berkomunik­asi,” katanya.

 ??  ?? Peluang memegang jawatan Exco Digital dan Publisiti MPP UNIMAP tidak disia-siakan Zikry yang meminati bidang komunikasi sejak dibangku sekolah lagi.
Peluang memegang jawatan Exco Digital dan Publisiti MPP UNIMAP tidak disia-siakan Zikry yang meminati bidang komunikasi sejak dibangku sekolah lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia