Berita Harian

Jualan sembilan bulan atasi jumlah keseluruha­n 2018

PROTON dalam landasan tepat bersaing dengan jenama utama

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

PROTON kembali menjadi antara pesaing utama pasaran automotif tempatan apabila merekodkan jualan sebanyak 70,330 unit setakat sembilan bulan tahun ini, melepasi jumlah jualan setahun pada 2018.

Pengeluar kenderaan nasional itu dalam satu kenyataan berkata, lonjakan jualan PROTON pada 2019 membawa syarikat kembali ke landasan tepat untuk bersaing dengan jenama utama automotif negara.

“Dengan jumlah sebanyak 70,330 unit didaftarka­n bagi pasaran domestik dan eksport setakat suku ketiga tahun ini, ia pencapaian sangat memberangs­angkan, berbanding 64,744 bagi jumlah keseluruha­n tahun lalu,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata pengeluar jenama nasional itu kini berada di landasan yang betul untuk mencatat angka pertumbuha­n yang besar sepanjang tahun ini.

“Ia melebihi jumlah jualan keseluruha­n 2018 hanya dalam tempoh sembilan bulan dan PROTON dapat menyasarka­n untuk mencapai angka jualan terbaik sejak 2015,” katanya.

Dengan jumlah jualan sebanyak 8,934 unit bagi pasaran domestik dan eksport didaftarka­n pada September 2019, syarikat itu mencapai kadar pertumbuha­n 97 peratus berbanding 4,524 unit pada bulan sama tahun lalu.

Prestasi luar biasa PROTON yang menganggar­kan pegangan pasaran sebanyak 20.2 peratus, menunjukka­n kadar jualan syarikat meningkat lebih tinggi berbanding pesaing.

“Angka ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 66 bulan dan membantu meningkatk­an pegangan pasarannya setakat ini sebanyak 15.8 peratus pada 2019,” kata Chunrong.

Sementara itu, model Proton yang paling menjadi pilihan pada September adalah Saga dengan 3,994 unit diserahkan bulan lalu, jumlah tertinggi bagi sebuah model Proton pada 2019.

Angka itu juga bermaksud Saga adalah sedan segmen A terlaris di Malaysia, kedudukan

Pengeluar jenama nasional itu kini berada di landasan yang betul untuk mencatat angka pertumbuha­n yang besar sepanjang tahun ini. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON

yang dicapai semula selepas hampir tiga tahun.

“Apa yang lebih penting adalah Saga kembali di kedudukan nombor satu dalam segmennya. Meskipun baru dilancarka­n kurang dari dua bulan yang lalu, sambutan daripada rakyat Malaysia sangat positif,” tambah Chunrong.

 ?? (Foto hiasan) ?? Saga paling menjadi pilihan bulan lalu dengan 3,994 unit diserahkan, jumlah tertinggi bagi sebuah model Proton pada tahun ini.
(Foto hiasan) Saga paling menjadi pilihan bulan lalu dengan 3,994 unit diserahkan, jumlah tertinggi bagi sebuah model Proton pada tahun ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia