Berita Harian

KNM peroleh kontrak RM52.17 juta

-

KNM Process Systems Sdn Bhd, unit KNM Group Bhd memperoleh tiga kontrak bernilai RM52.17 juta dari RDMP Balikpapan Jo yang berpangkal­an di Indonesia untuk reka bentuk, kejurutera­an dan bekalan kapal tekanan bagi projek Balikpapan di Kalimantan Timur, Indonesia.

Kontrak ini adalah tambahan bagi projek Balikpapan dan membawa nilai gabungan kontrak diterima RM107.79 juta.

“Tempoh penawaran dan penyediaan bagi urus niaga itu adalah bagi gabungan tempoh yang disasarkan tidak lewat daripada akhir Mei 2021,” kata kumpulan itu dalam maklumat kepada Bursa Malaysia, semalam.

KNM berkata, urus niaga itu dijangka beri sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 hingga 2021.

RDMP Balikpapan Jo adalah usaha sama antara PT Rekayasa Industri dan Hyundai Engineerin­g Co, kontraktor utama bagi kerja kejurutera­an, pemeroleha­n dan pembinaan bagi projek Balikpapan. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia