Berita Harian

Public Mutual manfaat prospek pertumbuha­n Vietnam, global

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank, melancarka­n dana Public Vietnam-global Equity Fund (PVGEF) dengan sasaran untuk mencapai pertumbuha­n modal jangka panjang.

Syarikat dalam kenyataan berkata, PVGEF akan melabur 75 sehingga 98 peratus daripada nilai aset bersihnya (NAB) dalam ekuiti dan sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pasaran Vietnam dengan bakinya dilaburkan di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan rantau Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong, berkata PVGEF bertujuan untuk memanfaatk­an ekonomi Vietnam yang pesat dan pertumbuha­n pendapatan korporat disokong pertumbuha­n eksport mapan, aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) kukuh dan penggunaan domestik berdaya tahan.

“Dana ini membolehka­n pelabur jangka panjang mengambil bahagian dalam portfolio yang pelbagai merangkumi saham yang disenaraik­an di Vietnam dan pasaran global yang lain,” katanya.

Kim Hong, berkata selain kos tenaga buruh yang berdaya saing dan insentif pelaburan, Vietnam juga menarik aliran masuk FDI ketiga tertinggi dalam ASEAN yang didorong persekitar­an mesra perniagaan negara terbabit.

“Malah, Vietnam juga adalah penerima manfaat berpotensi perang perdaganga­n As-china kerana syarikat-syarikat ingin mempelbaga­ikan kemudahan pengeluara­n dan tempahan mereka selain China mungkin mempertimb­angkan Vietnam serta negara ASEAN yang lain.

Harga terbitan permulaan PVGEF ialah sebanyak RM0.2500 seunit sepanjang 21 hari tempoh tawaran permulaan dari 2 hingga 22 Oktober 2019.

Pelaburan permulaan minimum ialah RM1,000, manakala pelaburan tambahan minimum ialah hanya RM100. Citi, penyedia khidmat kredit terbesar di Asia Pasifik menyasarka­n lebih 500,000 permohonan kad baharu di rantau ini dalam tempoh setahun akan datang.

Sasaran itu dipacu oleh pengenalan kad kredit Lazada Citi terbaharu, kerjasama kad kredit e-dagang pertama di Asia Tenggara.

Pengurus Perniagaan Bahagian Pengguna Citi Malaysia, Elaine Fan, berkata pihaknya memilih Malaysia sebagai lokasi pertama pengenalan kad kredit Lazada Citi, diikuti pasaran serantau dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Kami mengorak selangkah ke hadapan untuk sektor perkongsia­n jenama kad kredit kerana ia gabungan kerjasama antara satu jenama e-dagang yang hebat dan satu platform kewangan global yang kukuh.

“Sejak kebelakang­an ini, pelanggan Citi menunjukka­n trend lebih cenderung berbelanja dalam ekosistem digital. Sebagai bank digital premier global, kami komited membawa inovasi serta penyelesai­an terbaik perbankan digital untuk pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran kad kredit Lazada Citi di Kuala Lumpur, semalam.

Pemegang kad bakal menikmati 10 kali mata ganjaran dengan tambah nilai di Lazada Wallet, selain menikmati pulangan tunai sehingga 20 peratus dan 1,000 mata ganjaran bonus setiap bulan bagi perbelanja­an runcit minimum RM1,500.

Permohonan baharu dalam talian juga akan menikmati baucar Lazada sehingga RM500.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi Citi Rantau Asia Pasifik, Sanjay Nambiar berkata, pihaknya menyasarka­n 40 peratus transaksi daripada kad kredit ini akan digunakan bagi pembelian di platform Lazada.

“Sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadi peneraju destinasi gaya hidup untuk rakyat Malaysia, Lazada akan terus membawakan inovasi yang menggabung­kan pelbagai ganjaran, pengalaman membeli-belah hebat.

“Dengan tema Play it Up, kad kredit Lazada Citi adalah pilihan tepat dan diyakini mampu mendekati pelanggan dari golongan muda yang menjadi majoriti pengguna platform e-dagang di rantau ini,” katanya.

Setakat ini, kad kredit Lazada Citi mencatatka­n 100 permohonan baharu.

Perbankan pengguna Asia Pasifik Citi mempunyai sekitar 15.2 juta kad kredit, meliputi 12 pasaran di Asia Pasifik, selain lima pasaran di Eropah, Asia Barat dan Afrika.

Ketika ini, hampir separuh daripada permohonan kad kredit dan khidmat pinjaman dijana secara digital, menyaksika­n peningkata­n lebih dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun.

Vietnam juga menarik aliran masuk FDI ketiga tertinggi dalam ASEAN yang didorong persekitar­an mesra perniagaan negara terbabit.

Sejak kebelakang­an ini, pelanggan Citi menunjukka­n trend lebih cenderung berbelanja dalam ekosistem digital.

 ?? [Foto Saifulliza­n Tamadi/bh] ?? Fan (kiri) pada pelancaran kad kredit Lazada Citi di Kuala Lumpur, semalam.
[Foto Saifulliza­n Tamadi/bh] Fan (kiri) pada pelancaran kad kredit Lazada Citi di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia