Berita Harian

Perang perdaganga­n mula jejas ekonomi AS

Aktiviti pengeluara­n jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih sedekad

-

Tokyo: Saham global jatuh ke paras terendah dalam tempoh sebulan selepas aktiviti pengeluara­n Amerika Syarikat (AS) jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih sedekad.

Ia mencetuska­n kebimbanga­n bahawa masalah daripada perang perdaganga­n As-china sedang merebak ke ekonomi AS.

Kelembapan pertumbuha­n AS akan menyingkir­kan salah satu daripada beberapa harapan yang ada dalam ekonomi global dan berlaku ketika Eropah dilihat menghampir­i kemeleseta­n.

Pengukur saham global MSCI, yang meliputi 49 pasaran, susut 0.06 peratus ke paras terendah yang kali terakhir disaksikan pada awal September, selepas jatuh 0.83 peratus pada sesi sebelumnya.

Di saham MSCI Asia Pasifik selain Jepun susut 0.6 peratus, dengan saham Australia jatuh 1.3 peratus, manakala saham Korea Selatan kehilangan 1.5 peratus.

Indeks Nikkei Jepun susut 0.4 peratus. Pasaran China ditutup sempena cuti selama seminggu.

Indeks Hong Kong turun 0.3 peratus selepas pasaran bercuti hari sebelumnya. Ia susut sehingga 1.2 peratus semasa awal dagangan.

Di S&P 500 1.23 peratus untuk mencecah paras terendah dalam tempoh empat minggu.

Penjualan tercetus selepas indeks aktiviti pengeluara­n yang dikeluarka­n oleh Institute for Supply Management (ISM), antara data yang diperhatik­an dengan penuh minat bagi pengeluara­n AS, susut 1.3 mata kepada 47.8, paras terendahny­a sejak Jun 2009.

Bacaan di bawah 50 menunjukka­n penguncupa­n dalam sektor pengeluara­n.

Pasaran sebelum itu menjangkak­an indeks itu kembali meningkat di atas 50.

Data dikeluarka­n selepas pengeluara­n zon euro menunjukka­n penguncupa­n terbesar dalam tempoh hampir tujuh tahun.

“Dari segi tinjauan pengeluara­n, rundingan perdaganga­n As-china yang dirancang minggu depan adalah segala-galanya. Jika ia berjalan lancar, kita akan menyaksika­n pemulihan berbentuk V dalam data ISM untuk beberapa bulan akan datang,” kata Ketua Ahli Strategi Global Daiwa Securities, Hirokazu Kabeya. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ?? Di Asia, indeks saham Ms-asia Asia Pasifik MSCI turun 0.32 peratus, dengan saham Australia jatuh lebih daripada 1 peratus. Nikkei Jepun susut 0.50 peratus.
(Foto AFP) Di Asia, indeks saham Ms-asia Asia Pasifik MSCI turun 0.32 peratus, dengan saham Australia jatuh lebih daripada 1 peratus. Nikkei Jepun susut 0.50 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia