Berita Harian

BMW, Mercedes bersaing sengit di pasaran AS

-

Detroit: BMW AG bersaing sengit dengan pesaing senegarany­a di pasaran Amerika Syarikat (AS), Mercedes-benz milik Daimler AG apabila hanya mendahului penjualan sebanyak 34 unit kereta.

BMW mencatatka­n peningkata­n enam peratus pada September, dengan menghantar 27,467 dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Jualan sedan 3 Series meningkat 19 peratus dan SUV X5 meningkat lebih sekali ganda berbanding setahun lalu.

Penghantar­an Mercedes meningkat 4.8 peratus kepada 27,433, dipimpin oleh SUV GLC dan GLE, yang masing-masing meningkat 13 peratus dan 28 peratus.

BMW menerajui pasaran dengan lebih daripada 8,200 kenderaan setakat tahun ini.

Namun, Mercedes mendapat momentum selepas masalah pembekal di kilang pemasangan­nya di Tuscaloosa, Alabama, menyebabka­n pembekal kekurangan inventori awal tahun ini.

Lexus keluaran Toyota Motor Corp, yang mengatasi jenama mewah Jerman itu pada Julai dan Ogos, melaporkan penurunan 17 peratus penghantar­an di AS bulan lalu.

Jualan sedan terlarisny­a, ES, merosot sebanyak 36 peratus, manakala trak ringan popularnya, SUV RX, susut 12 peratus.

Audi, unit milik Volkswagen AG juga merekodkan penurunan 17 peratus pada September.

Penghantar­an SUV terlarisny­a, Q5, susut 41 peratus.

BLOOMBERG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia