Berita Harian

CEO Tesco letak jawatan selepas pulihkan syarikat

-

London: Dave Lewis akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tesco, selepas berjaya melengkapk­an pelan pemulihan peruncit terbesar Britain itu.

Lewis dijangka menyerahka­n jawatan itu kepada Ken Murphy yang juga bekas eksekutif Walgreens Boots Alliance.

Meraikan sambutan ulang tahun ke-100, Tesco kini menguasai 27.4 peratus saham bagi pasaran barangan keperluan dapur di Britain.

Syarikat terkemuka itu kini berada pada peringkat akhir perancanga­n pemulihan yang dijalankan Lewis, selepas berdepan skandal kewangan pada 2014, yang mencetuska­n penurunan drastik pendapatan syarikat.

“Dengan pemulihan yang hampir selesai dan pelaksanaa­n langkah seterusnya untuk strategi pertumbuha­n mapan, ia masa sesuai pada ketika ini untuk perancanga­n penggantia­n berkenaan.

“Oleh itu, saya akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada musim panas akan datang dan menyerahka­n tanggungja­wab itu kepada Ken Murphy,” kata Lewis yang mula menyertai Tesco pada 2014.

Kumpulan berkenaan telah mencapai majoriti matlamat pemulihann­ya, termasuk sasaran keuntungan utama antara 3.5 pence dan empat pence bagi setiap pound yang dibelanjak­an pelanggan.

Selepas mengambil alih Tesco, Lewis melaksanak­an pemulihan hubungan Tesco dengan rangkaian pembekal, membantu menurunkan harga barangan berbanding pesaing, memudahkan penyediaan rangkaian produk dan menjadikan piawaian cawangan lebih baik.

Dalam tempoh sama, terdapat juga pembuangan 4,500 pekerja yang diumumkan pada Ogos lalu.

Selain itu, usahawan berusia 54 tahun berkenaan juga meneruskan pertumbuha­n dengan membeli pemborong, Booker bagi membentuk gabungan pembelian global dengan Carrefour dan melancarka­n format diskaun baharu dikenali Jack.

Pengumuman peletakan jawatan Lewis berlaku selepas Tesco melaporkan keuntungan operasi lebih baik daripada jangkaan, termasuk salah satu daripada memperoleh 1.41 bilion pound, meningkat sebanyak 25.4 peratus.

Peruncit itu juga berkata, ia menunjukka­n satu permulaan yang kukuh bagi tahun ini dan berada pada kedudukan sangat kompetitif dalam keadaan pasaran yang mencabar.

REUTERS

 ??  ?? Lewis akan melepaskan jawatan pemulihan Tesco. selepas berjaya melengkapk­an pelan
Lewis akan melepaskan jawatan pemulihan Tesco. selepas berjaya melengkapk­an pelan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia