Berita Harian

Sentimen pasaran negatif

FBM KLCI susut 0.91 peratus

-

Bursa Malaysia ditutup lebih rendah semalam berikutan aktiviti pengambila­n untung di pasaran lebih luas, sejajar dengan prestasi Wall Street yang mengalami penyusutan, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.91 peratus atau 14.54 mata kepada 1,574.90 daripada 1,589.44 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks itu yang dibuka 0.59 mata lebih rendah kepada 1,588.50, didapati bergerak sekitar 1,574.90 dan 1,589.06 sepanjang tempoh dagangan semalam.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 516 berbanding 264, manakala 417 kaunter tidak berubah, 762 tidak didagangka­n dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.85 bilion saham bernilai RM1.44 bilion daripada 1.79 bilion saham bernilai RM1.26 bilion, kelmarin.

Indeks Perladanga­n Minyak Sawit FBM susut 1.75 peratus atau 202.81 mata kepada 11,352.94.

Sektor minyak sawit berdepan tekanan berikutan laporan bahawa Indonesia telah mengenal pasti enam syarikat berkaitan Malaysia yang didakwa bertanggun­gjawab terhadap aktiviti pembakaran terbuka yang menyumbang kepada kejadian jerebu buruk di rantau ini.

Dalam kalangan syarikat perladanga­n, Kuala Lumpur Kepong susut 26 sen kepada RM22.92, Sime Darby rugi lapan sen kepada RM4.75, Ahmad Zaki Resources Bhd dan TDM masing-masing merosot setengah sen kepada 34 sen dan 16.5 sen manakala IOI Corp turun 14 sen kepada RM4.29.

Sementara itu, pada peringkat tempatan, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia meningkat sedikit pada bulan September walaupun masih berada di bawah tekanan.

Data pembuatan bagi September berada pada tahap 47.9 iaitu peningkata­n kecil daripada paras 47.4 yang dicatatkan pada Ogos dan mencermink­an peningkata­n tempahan baharu dan indeks pengeluara­n baharu dalam persekitar­an perniagaan yang jelas mencabar.

Pada paras semasa, PMI secara umumnya menunjukka­n pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan antara 4.5 peratus dan 5 peratus pada tahun ini, demikian menurut laporan IHS Markit Malaysia.

“Namun, ia masih kekal dalam mod penguncupa­n selama 12 bulan berturut-turut dan tidak dapat mengelak pasaran domestik daripada mengalami aliran penurunan,” katanya kepada Bernama.

Pada peringkat teknikal, Nazri Khan berkata, FBM KLCI menunjukka­n potensi melanjutka­n tempoh pembetulan semasa berikutan sentimen pada masa ini lebih menjurus ke arah penurunan.

“Secara keseluruha­nnya, kami kekal optimis namun berhatihat­i terhadap pasaran kewangan domestik berikutan kelemahan ekonomi global akibat perang perdaganga­n telah menjejaska­n prestasi ekonomi utama yang memberi kesan terhadap pertumbuha­n tempatan susulan dedahan tinggi Malaysia kepada dagangan luaran,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank susut enam sen kepada RM8.53, Tenaga berkuranga­n 10 sen kepada RM13.60, Public Bank rugi 30 sen kepada RM19.70, Pchem turun lima sen kepada RM7.46 manakala IHH kehilangan empat sen kepada RM5.64.

Bagi saham aktif, Vsolar tidak berubah pada 7.5 sen, Armada susut satu sen kepada 31 sen dan MNC rugi dua sen kepada 27 sen.

Indeks FBM Emas merosot 86.09 mata kepada 11,149.93, Indeks FBMT 100 turun 86.26 mata kepada 10,981.04 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 82.52 mata kepada 11,719.38.

FBM 70 turun 46.85 mata kepada 13,886.14 manakala FBM ACE susut 15.78 mata kepada 4,516.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 143.15 mata kepada 15,223.31, Indeks Perladanga­n turun 101.41 mata kepada 6,669.33 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri berkuranga­n 0.63 mata kepada 152.57.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun berkuranga­n kepada 1.04 bilion unit bernilai RM1.30 bilion daripada 1.15 bilion unit bernilai RM1.18 bilion pada Selasa.

Selain itu, jumlah dagangan waran meningkat kepada 256.05 juta bernilai RM46.43 juta daripada 101.19 juta bernilai RM9.8 juta, kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE bertambah kepada 552.70 juta saham bernilai RM85.38 juta daripada 536.82 juta saham bernilai RM78.19 juta pada Selasa. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia