Berita Harian

› Getah

-

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur semalam walaupun pasaran niaga hadapan getah serantau agak lemah, kata seorang peniaga.

Bagaimanap­un, harga penutup SMR 20 mencecah kepada RM5.195 sekilogram iaitu paras terendah pada tahun ini berbanding RM5.10 sekilogram yang direkodkan pada 4 Disember 2018.

“Pasaran juga menjejaki sentimen lembap dalam pasaran ekuiti global selepas data pembuatan Amerika Syarikat (AS) jatuh ke tahap paling bawah sejak Jun 2009, ini menambah kebimbanga­n mengenai ekonomi global,” katanya lagi.

Beliau menjelaska­n aktiviti pembuatan AS susut lebih daripada 10 tahun terendah pada September selepas ketegangan perdaganga­n terus memberi kesan ke atas eksport, ini meningkatk­an kerisauan dalam pasaran kewangan mengenai kemungkina­n kegawatan pertumbuha­n ekonomi pada suku ketiga.

Sementara itu, kontrak getah di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) untuk penghantar­an Mac merosot lebih daripada 10 bulan terendah berikutan data ekonomi AS yang lemah telah menyebabka­n unjuran permintaan kelihatan agak kelam dan juga menjejaska­n harga.

Pada jam 12 tengah hari, harga fizikal Lembaga Getah Malaysia yang rasmi bagi tayar gred SMR 2.0 merosot sebanyak lima sen kepada RM5.255 sekilogram, manakala lateks pukal menokok 2.5 sen kepada RM4.295 sekilogram.

Harga penutupan tidak rasmi untuk tayar gred SMR 20 adalah 8.5 sen lebih rendah kepada RM5.195 sekilogram, manakala lateks pukal naik dua sen kepada RM4.275 sekilogram.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia