Berita Harian

› Ringgit

-

Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam susulan dolar kembali mengukuh berbanding mata wang utama yang lain selepas menyusut kelmarin.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan tidak berubah pada paras 4.1930/1960 semasa ditutup kelmarin.

Pakar strategi pemasaran, Axi Trader Asia-pacific, Stephen Innes, berkata ringgit terus diniagakan di tengah-tengah jajaran yang dijangka kekal pada paras 4.19 sepanjang minggu ini.

Selain itu, katanya ketika China menikmati cuti selama seminggu, peniaga mata wang ASEAN kekal tidak memasuki pasaran.

Katanya, kekukuhan pasaran ASEAN yang dilihat sebelum ini semakin pudar berikutan indeks pengurus pembelian pembuatan (PMI) Institut Pengurusan Pembekalan (ISM) pada September menunjukka­n Amerika Syarikat mencatatka­n bacaan terendah dalam tempoh sedekad.

Pasaran kini dalam proses menetapkan harga berikutan Rizab Persekutua­n (Fed) dijangka menurunkan kadar pada Oktober, kata Innes.

“Walaupun kita mungkin mendapat beberapa isyarat daripada beberapa jurucakap Fed, termasuk Pengerusi Jerome Powell pada Jumaat, pada pandangan saya laporan bayaran gaji bukan ladang pada minggu ini telah mendapat lebih perhatian disebabkan oleh data ISM yang teruk.

“Ia tidak terlalu bergantung pada perspektif dasar Fed tetapi lebih kepada perspektif risiko akan tempiasnya. Jika angka teras menurun dengan ketara daripada jangkaan, pasaran ekuiti akan mengalami aktiviti jualan yang ketara kerana kebimbanga­n terhadap kemeleseta­n,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia