Berita Harian

› Sawit

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s susut daripada peningkata­n kelmarin apabila ditutup lebih rendah semalam, diheret turun oleh kelemahan harga semalaman minyak kacang soya.

Seorang peniaga berkata, kelemahan permintaan terhadap komoditi itu dengan kalangan peniaga memilih untuk berada di luar pasaran, juga hanya memberi tekanan terhadap harga komoditi itu.

Sewaktu ditutup, kontrak niaga hadapan MSM untuk Oktober 2019 turun RM23 kepada RM2,085 satu tan, November 2019 turun RM27 kepada RM2,109 satu tan, Disember 2019 berkuranga­n RM26 kepada RM2,141 satu tan dan Januari 2020 kehilangan RM19 kepada RM2,194 satu tan.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 44,354 lot daripada 47,724 lot pada Selasa manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 235,551 kontrak daripada 236,694 kontrak, sebelumnya.

Di pasaran fizikal Oktober Selatan turun RM20 kepada RM2,120 satu tan. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia